'Apabila kita masuk sesuatu pertandingan, kita mahu menjadi johan dan melihat penampilan atlet serta pengurusan WiPers, sudah pasti untuk menjuarai semua kategori tidak menjadi masalah.'
PUTRAJAYA: Kontinjen Wilayah Persekutuan meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan dalam Sukan Malaysia XX Majlis Sukan Negara 2022, September ini.
“Apabila kita masuk sesuatu pertandingan, kita mahu menjadi johan dan melihat penampilan atlet serta pengurusan WiPers, sudah pasti untuk menjuarai semua kategori tidak menjadi masalah. Beliau ditemui selepas Majlis penyerahan watikah pelantikan Pengurus SUKMA ke-20 MSN 2022 di Menara Seri Wilayah, di sini.
Turut dilantik tiga Timbalan Ketua Kontinjen iaitu Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Sulaiman Mohamed; Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.