Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya parti itu sedang mengenal pasti negeri-negeri yang akan diletakkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya parti itu sedang mengenal pasti negeri-negeri yang akan diletakkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri .
“Kita tak bertanding di semua negeri, saya akan maklumkan contohnya di Pahang, di Terengganu sebab kita parti pelbagai bangsa ada kawasan-kawasan yang kita lihat berpotensi untuk menang. “Kita akan umumkan negeri-negeri yang akan kita tanding sama ada di Parlimen dan DUN, bergantung kepada pimpinan kita di peringkat negeri yang kita minta selaraskan mana keadaan yang ada. Kita akan lihat namun yang penting kita menyediakan pilihan kepada rakyat,” katanya.
Mengenai potensi Warisan di Perak, Mohd. Shafie berkata, pimpinan parti itu sedang mengenal pasti kerusi berpotensi untuk ditandinginya.