Warga maya ‘pujuk’ Permaisuri Agong aktifkan semula Twitter

United States News News

Warga maya ‘pujuk’ Permaisuri Agong aktifkan semula Twitter
United States Latest News,United States Headlines

Warga maya lancar kempen AmpunTuanku. utusanonline

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Warga maya hari ini melancarkan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.

Akaun Twitter Seri Paduka semalam dinyah aktif dipercayai ekoran komen-komen negatif dan biadap segelintir pengguna media sosial. Kempen warga maya itu merupakan kesepakatan usaha untuk merayu Tuanku Azizah yang begitu disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda. Kempen tersebut menjadi tular sehingga carian ‘Permaisuri Agong’ menjadi trending nombor satu disusuli #AmpunTuanku menduduki tangga ketiga ciapan paling banyak dalam laman itu. Selain itu, warga maya turut menzahirkan sokongan dan mahu baginda mengabaikan komen-komen negatif yang tidak mencerminkan adab dan tatasusila rakyat Malaysia. Seorang pengguna @jezlai berkata, walaupun dirinya bukan seorang berketurunan Melayu, tetapi dia sangat mengagumi keperibadian Seri Paduka. “Saya kerap meninggalkan komen apabila Raja Permaisuri membuat ciapan. Malah, komen saya juga mendapat banyak ulang ciap dan tanda suka. Sangat mengejutkan apabila orang Melayu sendiri melakukan buli siber kepada Permaisuri saya! Kurang ajar,” katanya di sini hari ini. @ibcig menyifatkan Twitter seolah-olah sudah menjadi ‘toksik’ walaupun Seri Paduka terkenal dengan sifat ramahnya dan berjiwa rakyat. “Apabila Seri Paduka membuat keputusan untuk meninggalkan dan menyahaktifkan akaunnya, maka saya juga bersedia untuk meninggalkan Twitter juga,” ujarnya. Tindakan Seri Paduka itu dipercayai susulan beberapa komen negatif dari pengguna @frdsasrf, @RaisRzk dan @AnisKhalidi yang menyindir malah melakukan penghinaan terhadap Raja Permaisuri itu.“Aku ralat sebab apa yang dahulunya simbol daulat negara pun dah macam jadi artis,” ciap @RaisRzk.Tag Berkaitan

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pengikut Syiah warga asing akan didakwa jika bersalah, kata MB SelangorPengikut Syiah warga asing akan didakwa jika bersalah, kata MB SelangorWarga asing yang ditahan itu akan diserahkan kepada pihak KDN dan Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. FMTNews
Read more »

Duta kunci mulut mengenai tindakan keras terhadap warga TurkiDuta kunci mulut mengenai tindakan keras terhadap warga TurkiArif Komis dan keluarga dihantar pulang pada Ogos atas permintaan Ankara. FMTNews
Read more »

PSS perlu bagi memantau pergerakan warga asing di SabahPSS perlu bagi memantau pergerakan warga asing di SabahKOTA KINABALU 10 Sept. - Pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan dikeluarkan bermula pada 1 Jun tahun depan bertujuan untuk memantau pergerakan warga asing yang berada di negeri ini.
Read more »

Tiada laporan warga China diberi MyKad, kata SPRMTiada laporan warga China diberi MyKad, kata SPRMLatheefa Koya berkata, SPRM boleh memulakan siasatannya sendiri, jika ia menerima maklumat boleh dipercayai berhubung dakwaan warga China diberikan MyKad. FMTNews
Read more »

#AmpunTuanku movement on but will Permaisuri Agong return to Twitter? | Malay Mail#AmpunTuanku movement on but will Permaisuri Agong return to Twitter? | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 12 — Malaysians have launched a Twitter campaign for Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah to reactivate her account that she terminated due to toxic comments. Tunku Azizah’s account is believed to have been deactivated yesterday, prompting Malaysians...
Read more »

Akaun ditutup, netizen sedihAkaun ditutup, netizen sedihkualalumpur Penutupan akaun Twitter rasmi milik Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu cheminahsayang yang disedari hari ini menjadi perdebatan hangat dan trending di media sosial.
Read more »



Render Time: 2026-05-10 04:46:47