Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam dan hanya mengalami kecederaan ringan. utusanonline
Kong Joon Chung, 74, yang dikatan memulakan larian bersama rakannya pada pukul 5.30 petang semalam sebelum disedari hilang apabila peserta lain tiba di garisan penamat. Selepas menyedari kehilangan mangsa menyebabkan anak lelakinya memasuki laluan acara itu bersama rakannya untuk mencari bapanya itu.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.32 pagi ini. Jelasnya, seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 1.45 pagi. “Keadaan kawasan yang gelap menyebabkan SAR terpaksa ditangguhkan sebelum disambung semula kira-kira pukul 8.05 pagi tadi. “Selepas satu jam lebih operasi SAR disambung, kami dimaklumkan bahawa mangsa ditemui selamat oleh orang awam dan hanya mengalami kecederaan ringan kira-kira pukul 9.45 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Maritim Malaysia tahan nelayan warga asingKOTA KINABALU 19 Sept.- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan yang tidak mempunyai kebenaran menangkap ikan di perairan berhampiran Pulau Mantanani Kecil dekat sini, semalam.
Read more »
Pasangan kekasih dicekup selepas samun warga emasKUALA LUMPUR 19 Sept.- Sepasang kekasih ditahan selepas menyamun seorang wanita warga emas dalam kejadian di Jalan Terasek 8, Bangsar pada Selasa lalu.
Read more »
Warga emas ditemui mati dengan tangan diikat, kepala ditutup di AmpangKes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. FMTNews
Read more »
Sorotan kes 1MDB (17-19 September)BEKAS pegawai khas Datuk Seri Najib Razak berulang kali menyatakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima arahan daripada bekas perdana menteri itu dan bukan daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low.
Read more »




