Siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Honda CRV itu terbabas sebelum melanggar tembok kiri jalan di lokasi kejadian.
PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh tembok jalan di kawasan perumahan Blok A Palm Spring, Kota Damansara, dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa berusia 55 tahun memandu seorang diri di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Honda CRV itu terbabas sebelum melanggar tembok kiri jalan di lokasi kejadian.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Thomson, Petaling Jaya sebelum disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dimohon agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 untuk membantu siasatan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Syasya kalahkan penembak Olimpik Thailand, raih emas ke-35 MalaysiaMalaysia hanya memerlukan satu lagi emas untuk melengkapkan sasaran 36 pingat emas selepas penembak negara, Nurul Syasya Nadiah Mohd. Arifin
Read more »
Malaysia raih emas ke-37Malaysia hari ini berjaya merangkul pingat emas ke-37 di Sukan SEA Vietnam selepas pelumba negara, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff meraih emas
Read more »
Ahmad Faizal optimis emas 'bonus' mampu dituai lagiPeja yakin atlet Malaysia terus tuai emas kbs msn ocm malaysia seagames
Read more »
Pelajar maut kemalangan ke sekolahKejadian pukul 8.05 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun menunggang motosikal Yamaha 135 LC bersendirian dipercayai menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24 Shah Alam.
Read more »