KUALA PILAH: Gara-gara memperdayakan sepasang suami isteri membabitkan penjualan pisang dan sebuah kenderaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM30,800, seorang lelaki warga emas ditangkap polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Abd. Gani berkata, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan setelah mangsa membuat laporan polis pada hari sama.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, sekitar bulan Oktober lepas, suspek datang ke kebun mangsa di Kampung Pulau Pandan di sini untuk meminta kerja dan telah diberi upah bagi memotong rumput dan membantu kerja berkaitan di kebun tersebut. “Suspek kemudiannya menjadi orang tengah menjual pisang dari kebun mangsa termasuk penjualan kenderaan Toyota Innova milik mangsa, bagaimanapun, setelah dua bulan suspek tidak memberikan wang hasil jualan berkenaan kepada mangsa dengan memberikan pelbagai alasan sebelum bertindak melarikan diri.
“Seminggu sebelum melarikan diri, suspek dikatakan memberikan kad mesin pengeluaran wang automatik namun kad berkenaan tidak lagi aktif,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. Amran berkata, suspek kini direman selama sehari dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dua projek laluan alternatif atasi kesesakan Jalan Seremban-Kuala Pilah siap 2027Dua projek laluan alternatif atasi kesesakan Jalan Seremban-Kuala Pilah siap 2027
Read more »
Gara-gara enggan bayar denda hilang kad pengenalan, jurujual buat laporan polis palsuKUALA LUMPUR: Gara-gara enggan membayar denda kerana kehilangan kad pengenalan, seorang jurujual berusia 25 tahun ditahan selepas membuat laporan poli...
Read more »
Trak ATM Bawa Kenderaan Perisai Terbabas Gara-gara Jalan Basah & LicinSebelum ini tular di media sosial video rakaman dashcam semasa trak ATM itu terbabas.
Read more »
Anak Tikam Ibu Sampai Mati Ketika Sarapan Pagi, Berang Gara-Gara Ditegur Hisap VapeAstagfirullahaladzim, takutnya manusia zaman sekarang.
Read more »
Ramai Persoal Tindakan Wanita Cari Saksi Selepas Cermin Kereta Kena Pecah Gara-Gara Double ParkMelalui hantaran tersebut, wanita itu mengakui salahnya sendiri yang menghalang orang lain hingga menyebabkan cermin keretanya pecah dan kemek di bahagian pintu.
Read more »
[Video] Gara-gara Tak Pandai Membaca, Wanita Bantu Iringi Penunggang Motosikal Hingga Ke ‘Exit’ TapahWanita dikenali sebagai Nurlinda itu berkata, penunggang motosikal berkenaan mahu mengekori belakang keretanya sehingga tiba di susur keluar Tapah.
Read more »