miri LELAKI warga Britain dilaporkan meninggal dunia selepas mengadu tidak sihat ketika dikuarantin di sebuah hotel di Miri, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, Thomas Holmes, 48, meninggal dunia lebih kurang 3.30 petang di Bahagian Kecemasan Hospital Miri.
"Si mati dihantar ke Hospital Miri menggunakan ambulans selepas mengadu tidak sihat kepada anggota Medic Shell berada di hotel berkenaan. "Ujian swab Covid-19 dilakukan ke atas si mati pada tarikh kematian dan disahkan negatif," kata Lim dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Pengurus projek Tai Crest Resources Sdn Bhd itu tiba di Miri pada 4 Jun lalu dari Kuala Lumpur atas urusan kerja dan ditempatkan di hotel itu untuk dikuarantin selama sembilan hari.
Seorang pengurus syarikat itu di Miri membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri pada 4.49 petang hari ini selepas dimaklumkan ketuanya dari ibu pejabat di Kuala Lumpur mengenai kematian Holmes pada lebih kurang 11 pagi Sabtu lalu.Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 10:28 PM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KKM kenal pasti kluster rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor | The Malaysian InsightSehingga kini terdapat tiga kes positif melalui hasil saringan pusat penjagaan tersebut pada 17 Mei lepas.
Read more »
Covid-19: Kluster baru rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor dikesanSeramai 12 kakitangan dan 26 penghuni rumah penjagaan warga emas itu telah disaring. FMTNews Covid19
Read more »
KDN: IMM13 akan jadi dokumen tunggal untuk warga Filipina di SabahPenyelarasan ini tidak melibatkan pengeluaran IMM13 baru atau warga asing yang tidak mempunyai sebarang rekod dengan pihak berkuasa. FMTNews IMM13 Sabah
Read more »
20 warga asing ditahan [METROTV]putrajaya POLIS menahan 20 warga asing dalam sekatan jalan raya Op Benteng atas pelbagai kesalahan imigresen, semalam.
Read more »
KDN cadang seragamkan dokumen warga asing di SabahKEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) bercadang menyeragamkan dokumen pengenalan diri warga asing di Sabah sebagai langkah mengenal pasti dan mengurus lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negeri itu.
Read more »
Seragam pengenalan diri warga asingsabah KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) bercadang menyeragamkan dokumen pengenalan diri warga asing sebagai salah satu langkah untuk mengenal pasti dan mengurus lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.
Read more »