Warga asing lari dari pusat kuarantin ditahan semula, kata menteri
Seorang lelaki Rohingya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Sabtu lepas, selepas ditahan oleh pihak polis di satu sekatan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Jun, 2020.
SEORANG lelaki warga asing yang melarikan diri dari pusat kuarantin pada Ahad sudah ditahan semula dan dimasukkan semula ke hospital, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob. “Lelaki Rohingya yang lari itu sudah ditangkap dan dimasukkan balik ke hospital,” katanya yang merujuk kepada kejadian di sebuah pusat kuarantin di Perak.
Kejadian di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan itu dilaporkan disedari ketika pemantauan, menurut polis dalam laporan media semalam. Lelaki itu dimasukkan ke pusat kuarantin itu pada pukul 5.00 petang Sabtu lepas, selepas ditahan oleh pihak polis di satu sekatan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan.Hasil saringan mendapati lelaki itu negatif dan kemudiannya dihantar ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dikuarantin selama 14 hari. – 2 Jun 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis tahan warga Belarus keluar kata-kata kesat | The Malaysian InsightLelaki berusia 29 tahun itu turut dikompaun selepas didapati cuba merentas negeri dengan berjalan kaki dari Sepang, Selangor menuju ke Port Dickson.
Read more »
Lelaki warga India ditemukan mati dengan kesan cedera di badan | The Malaysian InsightMangsa mengalami kecederaan luka selain tusukan disyaki daripada foklif.
Read more »
10 warga China ditahan disyaki terlibat judi dalam talian | The Malaysian InsightKesemua suspek yang berumur 20 hingga 30 tahun itu didapati sedang sibuk menjalankan urus niaga judi dalam talian semasa diserbu.
Read more »
Kumpulan sivil desak penjelasan kematian warga Nepal dalam tahanan | The Malaysian InsightPengarah Eksekutif Edict, Khalid Mohd Ismath berkata mangsa meninggal dunia lima hari selepas berada dalam lokap.
Read more »
Warga asing 'tak makan saman'kualalumpur BIARPUN digempur berkali-kali, warga asing didapati tidak serik kembali menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi sama di sekitar ibu negara.
Read more »
570 banduan warga asing jalani saringan Covid-19KotaBharu Seramai 570 banduan warga asing menjalani saringan kesihatan Covid-19 di dua penjara di Kelantan sejak seminggu lalu.
Read more »