putrajaya Mahkamah Persekutuan hari ini membebas dan melepaskan seorang juruteknik rakyat Afrika Selatan daripada pertuduhan menyeludup tujuh laras raifal dan memiliki 1,305 butir peluru di atas sebuah kapal pesiaran di Langkawi hampir enam tahun lalu
Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel lima hakim telah mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Oktober 2018 yang mensabitkan dan menjatuhi hukuman penjara ke atas Julius Christo Katzke bagi kedua-dua pertuduhan.
Katzke, 52, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menyeludup raifal dan empat tahun kerana memiliki peluru terbabit oleh Mahkamah Rayuan. Dalam penghakimannya, Abang Iskandar, antara lain, memutuskan bahawa kegagalan pendakwaan memanggil saksi penting termasuk teman wanita Katzke iaitu seorang rakyat Thailand dan kapten kapal pesiaran itu mungkin menyebabkan pendakwaan tidak boleh mengetepikan isu akses yang dimiliki mereka kepada senjata api dan peluru terbabit.
Beliau kemudian mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 30 Mei 2018 yang membebas serta melepaskan Katzke daripada kedua-dua pertuduhan.Katzke, seorang juruteknik yang pakar dalam sistem pengenalan automatik bagi kapal, didakwa menyeludup raifal jenis Benelli Argo E dan memiliki peluru terbabit di atas kapal pesiaran “Mischief” yang berlabuh di Kelab Pelayaran Diraja Langkawi di Kuah, Langkawi, Kedah pukul 12.30 tengah hari pada 18 September 2014.
Katzke diwakili peguam Datuk N.Sivananthan dan Grace S. Nathan manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham hadir bagi pihak pendakwaan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Darah diderma bebas Covid-19KualaTerengganu Sebelum diberikan kepada pesakit, ujian saringan sekali lagi akan dilakukan untuk memastikan darah yang dibekalkan bebas dari pelbagai virus.
Read more »
Perbicaraan tragedi tembak jatuh penerbangan MH17 bermula hari iniEmpat individu yang dibicarakan terdiri daripada tiga warga Rusia, Igor Girkin, Sergey Dubinsky, Oleg Pulatov dan seorang warga Ukraine Leonid Kharchenko. FMTNews MH17
Read more »
Wartawan kemuka representasi gugurkan tuduhan berkaitan Covid-19 | The Malaysian InsightMahkamah kemudian menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.
Read more »
Ketua SPRM baharu tekad pastikan negara bebas rasuah | The Malaysian InsightAzam Baki juga bertekad memberi perkhidmatan yang terbaik walaupun tugasnya sebagai berat dan mencabar.
Read more »
Wartawan kemukakan representasi gugurkan tuduhanWARTAWAN yang didakwa atas tiga pertuduhan membuat kenyataan berhubung isu jangkitan COVID-19 dalam laman profil Facebook miliknya akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya.
Read more »
Dua lelaki cuba seludup dieselrantaupanjang LELAKI tempatan ditahan selepas mengubah suai tangki asal bahan api kenderaan miliknya dalam operasi di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Read more »