SHAH ALAM: Seorang wanita pemilik sebuah syarikat berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dituduh mengemukakan butir matan palsu 14 individu dalam permohonan Penjana 2.0 pada April 2021.
SHAH ALAM: Seorang wanita pemilik sebuah syarikat berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dituduh mengemukakan butir matan palsu 14 individu dalam permohonan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara 2.0 pada April 2021.
Bagaimanapun, Amutha Singam, 29, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Anita Harun, hari ini. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang memiliki syarikat Lively Leena Bakery & Training cuba memperdaya Pertubuhan Kebajikan Sosial dalam permohonan skim Penjana dengan mengemukakan 14 individu yang dikenal pasti bukan kakitangan syarikat. Kesalahan itu dilakukan menerusi tiga permohonan dengan 20 nama bagi setiap satu pada 28 dan 30 April 2021 sebelum tiga, empat dan tujuh nama dikesan bukan pekerjanya. Justeru, ibu anak seorang itu dituduh di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai kesalahan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali kemudian menawarkan kepada mahkamah supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 hingga RM40,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan. “Tertuduh diminta melapor diri di pejabat SPRM Seremban pada setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa untuk disimpan oleh mahkamah sepanjang prosiding berjalan,” katanya. Bagaimanapun, peguam yang mewakili Amutha, Mahendren Naidu memohon mahkamah menimbang semula jaminan untuk memastikan kehadiran tertuduh sepanjang prosiding berlangsung. “Anak guam saya tiada masalah untuk mematuhi syarat tambah, cuma mohon pasport diserahkan pada tarikh pengurusan kes. Permohonan jaminan yang rendah juga dibuat kerana anak guam tidak lagi bekerja dan mempunyai seorang anak. “Disebabkan tidak bekerja, dia kini berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa meminjam daripada kakak kandungnya untuk membayar jaminan pada hari ini. Mohon mahkamah menetapkan RM10,000 sebagai jaminan bagi semua pertuduhan,” jelasnya. Hakim kemudian memutuskan jumlah jaminan sebanyak RM25,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 29 November depan. Dalam masa sama, tertuduh juga dikehendaki mematuhi syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat SPRM Negeri Sembilan pada 1 hingga 7 hari bulan setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa pada tarikh sebutan semula. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Program penghijauan dan pemuliharaan alam sekitar perlu diperhebatkanYayasan Hijau merupakan agensi yang telah mendapatkan sumbangan daripada pihak rogram berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan
Read more »
Khazanah alam kekayaan MalaysiaSebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi, Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana kekayaan khazanah alam semula jadinya.
Read more »
Coca-Cola Malaysia sumbang RM250,000, persediaan bantuan bencana alamCoca-Cola Malaysia sumbang RM250,000, persediaan bantuan bencana alam
Read more »
Sahabat Alam Malaysia calls for transparency over govt’s U-turn on Lynas operating licenceKUALA LUMPUR, Oct 24 — Sahabat Alam Malaysia (SAM) has sought clarification from Putrajaya regarding its plans to reduce the radioactive content resulting from the mining of rare...
Read more »
Mayat wanita ditemukan terapung dalam kolamKEPALA BATAS: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini, semalam. Ket...
Read more »
‘Kita ada standard tinggi jaga alam sekitar’, kata exco SelangorJamaliah Jamaluddin berkata Selangor satu-satunya negeri melaksanakan pendengaran awam sebelum membenarkan pembukaan hutan simpan.
Read more »
