Tertuduh cuba membuat rayuan supaya hukumannya diringankan
KHARTOUM: Seorang wanita di Sudan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati kerana disabit bersalah melakukan zina.Lapor The Guardian, Maryam Alsyed Tiyrab, 20, ditahan oleh polis di White Nile di Sudan pada bulan lalu.Majoriti hukuman rejam yang dikenakan ke atas golongan wanita, dibatalkan di mahkamah tinggi.
Aktivis bimbang dan melihat hukuman terbabit sebagai petanda bahawa rampasan kuasa tentera yang berlaku di Sudan menyebabkan penggubal undang-undang menarik balik hak wanita ditetapkan di bawah kerajaan sebelum ini. Sementara itu, Pusat Kajian Keadilan dan Keamanan Afrika yang berpangkalan di Uganda memaklumkan hukuman itu melanggar undang-undang domestik dan antarabangsa.Jelasnya, wanita itu tidak diberikan perbicaraan yang adil dan tidak dimaklumkan bahawa keterangan dibuat semasa soal siasat akan digunakan untuk menentangnya.Tambah ACJPS, hukuman rejam merupakan satu bentuk penyeksaan yang dibenarkan negara dan melanggar hak asasi manusia.
Pada 2020, kerajaan peralihan Sudan selepas penyingkiran Omar al-Bashir, mengumumkan pembaharuan kepada beberapa undang-undang jenayah dan dasar syariah. Pembaharuan itu tidak merangkumi hukuman rejam namun pada bulan Ogos, Sudan meratifikasi konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menentang penyeksaan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
13 lelaki warga asing, seorang wanita terselamat dalam kebakaranSebanyak 13 warga asing serta seorang wanita tempatan terselamat dalam kebakaran kedai cetak di Pudu, Kuala Lumpur, hari ini.
Read more »
Lori muatan besi terbalik, wanita maut, 4 cedera | The Malaysian InsightKemalangan itu juga membabitkan sebuah lagi lori, 21 basikal, dan enam kenderaan lain.
Read more »
Wanita mengandung dirogol ketika jalani pembedahanWanita mengandung dirogol ketika jalani pembedahan
Read more »
Penumpang lelaki, wanita diasingkan dalam angkotJakarta bakal mengasingkan tempat duduk penumpang wanita dan lelaki di dalam van pengangkut (angkot) berikutan kes gangguan seksual.
Read more »