kepalabatas إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut digilis sebuah treler dalam kemalangan tiga kenderaan di persimpangan Jalan Permatang Buloh, Kepala Batas, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, Nur Amirah Izzati Rohaizat, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Dalam kejadian 10.45 malam ketika hujan lebat, mangsa yang menunggang motosikal dari arah pekan Darat dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda. "Mangsa yang terjatuh kemudian digilis oleh treler dari arah Kepala Batas menghala Permatang Buloh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat sementara kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pensyarah wanita rugi RM325,000kuantan Pensyarah wanita di Maran membuat laporan polis mendakwa dirinya mengalami kerugian sebanyak RM325,00 yang termasuk pinjaman bank selepas diperdaya sindiket Macau Scam sejak Ogos tahun lalu.
Read more »
Maut langgar lori berhenti di lorong kecemasanWANITA maut manakala adiknya parah apabila kereta dinaiki mereka merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 98.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Batu Pahat, hari ini.
Read more »
Macau scam: Pensyarah di Pahang dakwa rugi lebih RM300,000Pensyarah wanita berusia 41 tahun itu mendakwa diperdaya sindiket penipuan itu sejak Ogos tahun lepas. FMTNews
Read more »
Ejen jualan langsung didenda RM50,000 jual gelang cegah Covid-19Jika gagal membayar denda itu dalam masa ditetapkan, wanita terbabit akan dituduh di mahkamah. FMNews Covid19 KPDNHEP
Read more »
Jalan sesak angkara tangkap suami curangNew Delhi: Tindakan nekad seorang wanita yang mahu menangkap suaminya yang curang menyebabkan kesesakan lalu lintas di tengah bandar Mumbai, India..
Read more »
Remaja 14 tahun maut, kereta dipandu terbabasTINDAKAN remaja lelaki 14 tahun memandu kereta tanpa pengetahuan bapa berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Persisiran Perling, Johor Bahru tengah malam tadi.
Read more »