Tayangan iklan produk Cheeseburger yang didakwa menyebabkan dia terpaksa berbuka puasa
MOSCOW: Seorang wanita Rusia memfailkan saman terhadap McDonald’s selepas syarikat itu menayangkan iklan produk Cheeseburger yang didakwa menyebabkan dia terpaksa berbuka puasa semasa Lent.
Lent merujuk kepada tempoh berpuasa penganut Kristian Ortodoks daripada mengambil daging, produk berasaskan daging, telur dan tenusu bagi tempoh tertentu. Lapor Daily Mail, Ksenia Ovchinnikova dari Omsk, Rusia mendakwa melihat iklan McDonald’s sehingga menyebabkan dia terpaksa berbuka puasa pada 2019.Wanita itu mendakwa dia tidak makan daging selama sebulan ketika restoran makanan segera itu mengiklankan burger dan nuget sehingga dia melanggar pantang larang, dua tahun lalu.
Ovchinnikova menuduh syarikat makanan segera itu melanggar undang-undang perlindungan pengguna dan menghina perasaan beragamanya.Dia menyalahkan syarikat itu kerana mengiklankan daging dan produk haiwan semasa penganut Kristian perlu menahan diri daripada makan makanan tersebut.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Skuad bola sepak wanita Kanada raih pingat emas sulung - Utusan DigitalSaingan di Stadium Antarabangsa Yokohama itu menyaksikan Sweden dan Kanada masing-masing terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan, sekali gus mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.
Read more »
Polis siasat kes kematian wanita Switzerland di Thailand - Utusan DigitalPihak berkuasa percaya Sauvain-Weisskopf sudah meninggal dunia tiga hari lalu.
Read more »
Tikam 10 orang penumpang komuter kerana benci lihat wanita bahagia - Utusan Digitallelaki itu mengaku kepada polis bahawa dia benci dan marah melihat wanita yang 'nampak bahagia'.
Read more »