Wanita maut, anak cedera kemalangan

Malaysia News News

Wanita maut, anak cedera kemalangan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

Jempol إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Isteri Pengurus FELDA Palong 14, 15 dan 16, maut manakala anak perempuannya cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Norihan Manah, 44, parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, mangsa memandu Proton Perdana dari arah Bandar Seri Jempol menuju Bahau.“Pada masa sama, Proton Saga BLM dari arah Bahau ke Bandar Seri Jempol mengelak kenderaan mangsa manakala Proton Saga FLX yang mengekori di belakang kereta itu tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Berikutan kemalangan itu, Mohd Hafiz berkata, mangsa maut di tempat kejadian manakala anak perempuannya berusia 13 tahun cedera pada muka.“Kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Jempol untuk rawatan,” katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pengantin lelaki diinai keluarga wanitaPengantin lelaki diinai keluarga wanitaBUDAYA perkahwinan Sudan bukan saja meraikan pasangan raja sehari, sebaliknya ia turut mengangkat silaturahim yang terjalin antara dua keluarga.
Read more »

Lima individu termasuk wanita ditahanLima individu termasuk wanita ditahankulim Lima individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes mayat seorang lelaki ditemui di tepi jalan berdekatan Kampung Kilang Baru di Kulim semalam.
Read more »

Tiada layanan seksis daripada pegawai lelaki, kata bos wanita pertama SPRMTiada layanan seksis daripada pegawai lelaki, kata bos wanita pertama SPRMLatheefa Koya mahu melihat keseimbangan jantina dalam jawatan tertinggi SPRM, bukannya hanya didominasi lelaki. FMTNews SPRM
Read more »

Kejayaan sofbol wanita imbau kenangan wakili negaraKejayaan sofbol wanita imbau kenangan wakili negaraKEJAYAAN skuad sofbol wanita negara meraih pingat gangsa dalam Sukan SEA, sekali gus mengakhiri kemarau 40 tahun kerana buat pertama kali dalam sejarah memenangi pingat itu turut mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Read more »

Ibu maut, anak parahIbu maut, anak parahWANITA maut manakala anak lelakinya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan Mitsubishi Storm di Jalan Kampung Tembak di Baling, malam tadi.
Read more »

2 maut, 2 parah2 maut, 2 parahDUA maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan sebuah Proton Iswara di Jalan Jeniang Sik, belakang Klinik Begia, Sik, hari ini
Read more »



Render Time: 2025-03-13 14:07:51