Beyond the Breaking News

Wanita Malaysia hilang di Thailand dipercayai jadi mangsa pemerdagangan di Myanmar

Malaysia News News

Wanita Malaysia hilang di Thailand dipercayai jadi mangsa pemerdagangan di Myanmar
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Wanita Malaysia hilang di Thailand dipercayai jadi mangsa pemerdagangan di Myanmar NASIONAL

KULAI : Ibu kepada wanita yang dilaporkan hilang di Chiang Mai, Thailand, Chee Choy Won tidak menolak kemungkinan anak perempuannya itu menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Choy Won, 50, percaya perkara itu berlaku setelah mengadakan pertemuan dengan pihak polis di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai, Bangkok, Rabu lalu. Wanita itu berkata, walaupun dia menerima panggilan telefon daripada anaknya, Chong Sum Yee, 22, sekitar 8 malam mengatakan dia dalam keadaan sihat, nalurinya merasakan sebaliknya. “Saya cuba menghubunginya Angie malam tadi namun tidak berjawab. Tidak lama kemudian, dia menghubungi saya semula dan mengatakan dia dalam keadaan sihat dan sangat bahagia di sana, namun suaranya kedengaran agak tertekan. “Malah, dia turut meminta saya untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelum ini lalu memutuskan panggilan. Selepas itu dia tidak dapat dihubungi lagi, mesej hantar melalui WhatsApp tidak dibaca,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar kehilangan anaknya di Ibu Pejabat DAP Johor di Jalan Tropika 1, Taman Tropika, di sini hari ini. Yang turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor Alan Tee Boon Tsong. Media melaporkan Sum Yee berlepas ke Chiang Mai pada 29 Mei lalu dan mengembara ke Mae Sai yang terletak di utara Thailand, berhampiran bandar Tachilek di Myanmar, lokasi insiden pemerdagangan orang dilaporkan sebelum ini. Sebelum ini, Sum Yee yang bekerja sebagai jurusolek di Kuala Lumpur itu dilaporkan berulang kali menyatakan ‘dia selamat dan sihat’ dalam tiga video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama ‘Moe Aye’ di ruangan komen catatan ibunya. Terdahulu, polis Thailand berkata siasatan awal mendapati Chong telah menyeberang sempadan ke Tachilek, Myanmar sejak 30 Mei. Ibu kepada dua anak itu berkata, anak bongsunya yang merantau seorang diri ke Thailand itu sepatutnya pulang tanahair pada Rabu lalu namun itu tidak berlaku. Katanya, dia telah pergi ke Mae Sai setelah merasa tidak sedap hati apabila anak perempuannya gagal dihubungi sejak lima hari sebelumnya, kali terakhir dihubungi ialah pada 1 Jun lalu. Tambahnya, pihak polis Thailand memaklumkan terdapat kemungkinan anaknya itu berada di Mynmar dan kedua-dua pihak berkuasa tersebut katanya sedang bekerjasama bagi mengesan anaknya. “Angie beritahu dia pergi ke Thailand seorang diri atas urusan kerja namun apabila bertanyakan majikannya, dia tidak tahu mengenai perkara itu. Sejak itu Saya tidak sedap hati kerana langsung tidak dapat menghubunginya. “Saya khuatir dengan keadaannya, dia tidak pernah melancong ke luar negara sebelum ini, apatah lagi seorang diri,” ujarnya yang memaklumkan anaknya tidak ada masalah kewangan atau masalah keluarga.-utusan

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Peranan penjawat awam wanita tidak berakhir di pejabat sahaja - Wan AzizahPeranan penjawat awam wanita tidak berakhir di pejabat sahaja - Wan AzizahHargai penat lelah penjawat awam wanita yang turut menyumbang secara langsung kepada pembangunan dan kemakmuran negara.
Read more »

Lelaki tular kasari pemandu wanita dipenjara 7 hariLelaki tular kasari pemandu wanita dipenjara 7 hariTertuduh berusia 29 tahun dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Lata Iskandar, Isnin lalu.
Read more »

Penyelia kilang pukul kepala pemandu wanita dihukum penjara tujuh hariPenyelia kilang pukul kepala pemandu wanita dihukum penjara tujuh hariTAPAH: Penyelia kilang yang tular memukul kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar Isnin lalu, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan ugutan dan mencederakan mangsa.
Read more »

Lelaki Myanmar maut digilis, cuba lintas lebuh rayaLelaki Myanmar maut digilis, cuba lintas lebuh rayaLelaki Myanmar maut digilis, cuba lintas lebuh raya BERITA TERKINI Tragedi seremban
Read more »

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu polis Thailand kesan wanita hilangKedutaan Malaysia di Bangkok bantu polis Thailand kesan wanita hilangKedutaan Malaysia di Bangkok bantu polis Thailand kesan wanita hilang AsiaTenggara LUARNEGARA TERKINI
Read more »



Render Time: 2026-06-06 14:42:13