Wanita Kenya terlepas hukuman gantung
SEORANG wanita warga Kenya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan mengedar 903.5 gram metamfetamina.
Bagaimanapun, Pamela Faith Aoko Omollo, 39, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mahkamah meminda pertuduhan terhadapnya kepada memiliki dadah itu. Peguam K.Simon Murali memaklumkan panel tiga hakim yang diketuai Kamaludin Md Said bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi anak guamnya bagi meminda pertuduhan daripada mengedar kepada memiliki.Kamaludin, yang bersidang bersama-sama Azman Abdullah dan Azmi Ariffin, mengarahkan Omollo menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 25 November 2016.
Sebelum ini, Omollo dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 16 Mac 2021 kerana mengedar dadah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor pada 7.45 malam 25 November 2016.Artikel Berkaitan
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
3 maut disyaki lemas tidur dalam keretaTiga termasuk seorang wanita ditemukan mati lemas di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza
Read more »
Bekas Ketua Pengarah IKIM Tokoh Maal Hijrah KebangsaanBeliau juga ketika dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keutuhan JPM mencadangkan supaya polis wanita digalakkan memakai tudung.
Read more »
GRS Wanita to skip any peninsula state poll campaignDatuk Azizah Mohd Dun said: “We are a local based party, so we will prioritise and focus on working for our people in Sabah.”
Read more »
Incentivise production of low-sugar food, says MMAMalaysian Medical Association says increasing the sugar tax alone won’t help change consumer habits.
Read more »