Kalau itu keputusan yang terbaik, why not kan?
Keputusan meninggalkan hiruk-pikuk kota demi memulakan hidup baharu di negeri yang digelar paling bahagia ternyata membawa ketenangan luar biasa buat seorang wanita bersama keluarganyadikenali sebagai Atie Baharain berkongsi kisah penghijrahannya ke Terengganu selepas berdepan tekanan hidup dan cabaran ekonomi yang semakin menghimpit.
Menurutnya, keputusan besar itu dibuat secara mengejut apabila keadaan kewangan keluarganya berada pada tahap kritikal, selain kos sara hidup di bandar yang semakin membebankan.
"Hari ni genap sebulan aku dan 6 beradik berhijrah ke negeri paling bahagia. Last minute plan bila financial aku dah semakin kritikal dengan keadaan ekonomi global yang huru-hara. Keputusan perlu segera aku buat demi kelangsungan hidup kami,"Katanya, kehidupan baharu di negeri pantai timur itu jauh lebih perlahan dan menenangkan berbanding rutin sibuk di bandar sebelum ini.
Jika dahulu masa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas dan pusat membeli-belah, kini rutin hariannya berubah kepada menikmati suasana pantai, pasar tempatan dan perjalanan singkat yang hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit Malah, dia berseloroh bahawa dahulu setiap kali keluar rumah dia perlu memastikan baki RFID dan Touch 'n Go mencukupi, namun kini hanya perlu memeriksa minyak kereta bila kali terakhir diisi. Apa yang lebih mengejutkannya ialah kos makanan dan barangan harian di sana masih jauh lebih murah berbanding di bandar besar.
"Kuasa membeli juga tak sekuat di bandar. Di sini masih lagi boleh beli 3 keping pisang goreng dengan harga Rm 1, 6 biji cekodok pisang Rm 1 dan kuih mek molek 5 biji Rm 3. Sudah sebulan, aku masih dalam fasa sesuaikan diri dengan makanan dan perbezaan bahasa.
Kids dah mula ke sekolah dan alhamdulillah aku dapat hantar 6 beradik semua mengaji yang dulu aku tak pernah berkesempatan nak buat sebab kekangan masa,"Dalam masa sama, penghijrahan itu turut membuka ruang buat keluarganya lebih dekat dengan kehidupan beragama Menurut Atie, anak-anaknya kini sudah mula bersekolah dan buat pertama kali berpeluang mengikuti kelas mengaji secara konsisten selepas sebelum ini kekangan masa menjadi penghalang. Dia turut bersyukur kerana rumah baharunya kini terletak berhampiran masjid sehingga laungan azan dan kuliah agama dapat didengari terus dari dapur rumahnyaTambahnya lagi, nikmat masa dan ketenangan yang diperoleh selepas berhijrah itu merupakan rezeki paling mahal yang sukar diganti dengan kemewahan kehidupan kota.
Gayahidup Negeribahagia Perkongsian Pindah Seismik Terengganu
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Gaji RM13,000 Belum Tentu Senang, Realiti Hidup Bandar Boleh ‘Menjatuhkan’ T20 Ke B40Hmm betul lah tu.
Read more »
Gaji RM13,000 Belum Tentu Senang, Realiti Hidup Bandar Boleh ‘Menjatuhkan’ T20 Ke B40Hmm betul lah tu.
Read more »
Trisya Ooi akui kurang selesa melakonkan adegan ranjangTrisya Ooi akui kurang selesa melakonkan adegan ranjang
Read more »
Wanita Akui Hidup Kini Lebih Tenang Di Negeri Paling Bahagia Berbanding Kehidupan Di Ibu KotaKalau itu keputusan yang terbaik, why not kan?
Read more »




