Ada pencarum yang terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menarik perhatian mereka terhadap derita yang dihadapi.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pelik dengan sikap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya masih gagal memahami kesusahan rakyat terdesak untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara bersasar.
“Saya sedih kerana kerajaan kayangan Pakatan Harapan -UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhaen sanggup berjalan beratus kilometer untuk menarik perhatian kerajaan. “Berjalan kaki ini adalah lambang betapa rakyat terdesak. Apa lagi PH-UMNO mahu? Hendak sampai ada yang bercerai-berai dan keluarga hancur sebab tak mampu hidup?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurut pemandu teksi, Norazlan Ismail, 49, misi itu dilaksanakan supaya kepayahannya disedari pihak atasan kerajaan terutama Perdana Menteri dengan pengeluaran itu juga mungkin boleh selamatkan rumah tangga dan keluarganya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mansuh pelepasan cukai SSPN dorong anak muda berhutang pendidikanWan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu juga meningkatkan kebergantungan rakyat kepada hutang untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka.
Read more »
KWSP: Bank Negara belum terima butiranButiran mengenai cagaran KWSP belum diperoleh, tetapi penting bagi skim berkenaan mempunyai ciri bersesuaian dalam memastikan peminjam mampu.
Read more »
Deputy Speaker rejects Perikatan MP’s motion to debate PM Anwar’s Saudi Arabia tripKUALA LUMPUR, March 28 — Deputy Dewan Rakyat Speaker Datuk Ramli Mohd Nor has rejected the emergency motion by Perikatan Nasional’s (PN) Machang MP Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal...
Read more »
Usul ditolak: Timbalan Yang Dipertua tegur Wan Ahmad Fayhsal“Tapi kadangkala manusia ni, benda dah tahu, kata tak tahu. Saya faham, ini politik, ditayangkan langsung, jadi berhadlah. Jangan di luar sana mengenali Dewan ini sebagai zoo. Itu menyedihkan.'
Read more »