Dasar pengambilan 1% OKU dalam sektor awam diperkenalkan pada 1988 dan dilaksanakan menerusi pekeliling perkhidmatan pada 2008 dan 2010.
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kementeriannya melepasi sasaran 1% dengan 144 jawatan atau 1.77% diisi oleh OKU, diikuti Kementerian Pertahanan dengan 0.98% dan pejabat SUK Terengganu di tempat ke-3 dengan pencapaian 0.
97%. KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengurangkan saiz penjawat awam tidak akan menjejaskan dasar 1% penyertaan orang kurang upaya dalam perkhidmatan awam. Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jawatan yang telah dikhususkan untuk OKU akan tetap dikekalkan. “Kita hendak ramai lagi OKU menyertai perkhidmatan awam. Sekarang ini pun belum lagi penuh jadi tempat yang boleh dikhususkan untuk OKU kita kekalkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Persatuan Orang Buta Malaysia 2017/2018 di sini, hari ini. Beliau berkata, kerajaan juga memberi tumpuan untuk memenuhi sasaran dasar 1% OKU dalam perkhidmatan awam sebelum merancang untuk meningkatkan sasaran itu. Selain itu, katanya, pelbagai usaha diambil kerajaan bagi menggalakkan penyertaan golongan OKU dalam sektor swasta termasuk pengecualian cukai terhadap majikan yang mengeluarkan belanja untuk keperluan pekerja OKU. Terdahulu ketika berucap, Dr Wan Azizah, yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, setakat hujung tahun lepas, kira-kira 3,800 atau 0.31% OKU dilantik untuk mengisi pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam. Beliau berkata, kementeriannya telah melepasi sasaran 1% dengan 144 jawatan atau 1.77% yang diisi oleh OKU daripada keseluruhan 8,138 jawatan. Dr Wan Azizah berkata Kementerian Pertahanan berada di tempat ke-2 dengan 0.98% jawatan diisi oleh OKU, manakala Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di tempat ke-3 dengan pencapaian 0.97%. Dasar pengambilan 1% OKU dalam sektor awam diperkenalkan pada 1988 dan dilaksanakan menerusi pekeliling perkhidmatan pada 2008 dan 2010, menggariskan penyelesaian afirmatif untuk dilaksanakan oleh kementerian, agensi serta pihak berkuasa yang dilantik, katanya. Beliau berkata, pelbagai kementerian dan agensi telah menetapkan dasar, program dan bantuan untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi serta kesejahteraan golongan OKU. “Kementerian saya, menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, menyalurkan bantuan wang tunai kepada OKU yang berdaftar, iaitu bantuan peralatan sokongan, elaun bagi pekerja kurang upaya berjumlah sehingga RM400 sebulan, di samping peruntukan Geran Pelancaran sehingga RM2,700 bagi OKU mengusahakan projek yang menjana pendapatan,” katanya. Dr Wan Azizah berkata, perancangan kementeriannya bagi 2019 adalah untuk mengadakan 2 kajian berkaitan OKU, khususnya berhubung peluang pekerjaan bagi OKU dan sistem sokongan bagi penjaga OKU. “Kedua-dua kajian akan diketuai oleh Institut Sosial Malaysia. Proses pelaksanaan bagi kedua-dua kajian ini telah bermula dan sedang dalam proses untuk mengenal pasti pasukan penyelidikan paling sesuai bagi projek terbabit.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Wan Azizah: Govt committed to welfare of OKU communityKUANTAN: The government continues to show its concern for people with disabilities (OKU) through a slew of allocations and policies, says Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Read more »
Kerajaan umum peruntukan RM60.6 juta bantu OKU | The Malaysian InsightDr Wan Azizah turut menggesa ibu bapa dan penjaga golongan OKU yang masih belum berdaftar dengan JKM untuk segera berbuat demikian.
Read more »
Rancang pelan bangunan mesra OKU - TPMKERAJAAN negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta menguatkuasakan reka bentuk sejagat dalam setiap keperluan merancang serta pelan bangunan untuk memudahkan golongan orang kelainan upaya (OKU).
Read more »
DPM: Allocations proof of govt’s concern for the OKUKUANTAN: The allocations and policies that cater to the disabled (OKU) people is proof of the government’s concern for their well-being, says Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Read more »
Adik OKU, kakak mahu belajar bidang pendidikan khas“KEADAAN adik kembar saya (Nor Faria Rosidin, 20) yang mempunyai masalah pembelajaran selain pekak dan bisu menjadi motivasi kepada saya untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan khas.
Read more »
Lelaki OKU dihukum penjaraLELAKI orang kurang upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pecah rumah di Parit, 24 Mac lalu.
Read more »
Women’s Ministry tops public sector with highest OKU staff | Malay MailKUALA LUMPUR, April 16 — The Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) has achieved the federal government’s policy to provide jobs for 1 per cent of the disabled in the civil service. In a statement today, the ministry said that 144 out of its total 8,138 employees or 1.77...
Read more »
Ministry aims to have more handicapped persons join workforcePUTRAJAYA: As of Dec 31 last year, 3,856 handicapped persons (OKU) or 0.31% of handicapped persons are employed in the public sector out of the total 1,268,701 posts in the country, said the Women, Family and Community Development Ministry.
Read more »
DPM assures OKU unaffected by civil service downsizingOne percent quota needs to be met before any revision is considered, Wan Azizah states.
Read more »
DPM: OKU quota won’t be affected by plans to reduce size of civil service | Malay MailKUALA LUMPUR, April 20 — The government's plan to the reduce the size of the civil service will not affect the policy of having one per cent participation by OKU (people with different abilities), said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. She said posts reserved for OKUs...
Read more »




