putrajaya KERAJAAN akan mempertimbangkan untuk mengubah waktu urusniaga dan penghantaran makanan pada Ramadan ini di kawasan zon hijau.
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini waktu operasi masih kekal iaitu bermula dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bersedia meneliti perkara itu dalam merangka Prosedur Operasi Standard berdasarkan zon yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat."Tunggulah SOP yang akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara nanti," katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga akan meneliti keperluan untuk membuka kedai pajak gadai seperti diminta orang ramai yang berdepan masalah kewangan sepanjang tempoh PKP. Katanya, premis berkenaan bukan perkhidmatan penting dan keperluan asasi namun kelonggaran mungkin hanya diberikan kepada premis pajak gadai Ar-Rahnu di Bank Rakyat.
"Mungkin kita boleh benarkan Ar-Rahnu di dalam bank dibuka. Tetapi kedai pajak gadai lain masih lagi belum dibuka dan kita akan tengok perkara ini di dalam SOP zon hijau nanti," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Presiden Afrika Selatan jadi bahan lawak gara-gara struggle nak pakai topeng waktu ‘live’Ramaphosa ketika buat pengumuman tarik semula beberapa sekatan perintah berkurung di Afrika Selatan cuba menunjukkan demonstrasi pakai topeng namun ia bertukar kelakar. FMTNews FMTOhsem TopengMuka AfrikaSelatan
Read more »
Pelajar IPT mulakan pergerakan pulang ke kampung hari ini | The Malaysian InsightPelajar yang berada dalam zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke rumah yang juga terletak dalam zon hijau.
Read more »
Kota Bharu kini zon hijauDAERAH Kota Bharu, Kelantan yang juga antara kawasan zon merah sebelum ini menjadi kawasan baharu dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif Covid-19 setakat 12 tengah hari semalam.
Read more »
MKN rangka SOP untuk pertimbang beri kelonggaran di zon hijauMAJLIS Keselamatan Negara (MKN) sedang menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih lengkap mengenai kemungkinan memberi kelonggaran kepada penduduk di kawasan zon hijau.
Read more »
Sarawak kawal ketat zon hijausarawak Ketika ini sebanyak 29 daripada 40 daerah di Sarawak sudah dikategorikan sebagai zon hijau berikutan tiada kes positif dalam tempoh 14 hari lalu.
Read more »