Beyond the Breaking News

Wakil Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Menuduh Pelancong Malaysia Tidak Bayar Bil

Indonesia News

Wakil Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Menuduh Pelancong Malaysia Tidak Bayar Bil
MalaysiaPagi SorePermohonan Maaf

Pengalaman berharga untuk sentiasa simpan resit selepas melancong.

Restoran popular di Jakarta, Indonesia , Restoran Pagi Sore tampil memohon maaf atas kesilapan menuduh pelancong Malaysia tidak membayar bil makanan Permohonan maaf ini telah dibuat selepas pihak restoran mengaku berlaku salah faham mengenai pembayaran yang sebenarnya sudah pun dijelaskan pada hari kumpulan pelancong Malaysia ke restoran itu pada 13 Mei lepas, pelancong, Norain Mohd Yunus telah berkongsi video dan mesej permohonan maaf yang dihantar oleh pengurusan Pagi Sore di Pantai Indah Kapuk di media sosial.

Dua wakil pengurusan restoran itu tampil memohon maaf atas kejadian tersebut dan menjelaskan mereka mahu menyelesaikan 'salah faham' tersebut.

"Kami dari pihak Restoran Pagi Sore memohon maaf atas salah faham yang terjadi berkaitan pembayaran pengunjung yang makan di restoran kami. "Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,"Menurut Norain, dia bersama lima rakannnya yang lain telah memakan sembilan hidangan dengan bil IDR907,500 . Bagaimanapun mereka terkejut kerana pemandu pelancong secara tiba-tiba meminta resit pembayaran dari restoran itu ketika dalam perjalanan pulang ke Jakarta dari Bandung. Pemandu tersebut mengatakan mereka tidak membayar dan meninggalkan premis berkenaan.

Norain yang terkejut dengan keadaan itu mengatakan dia telah membayar menggunakan kad bank. Setelah mencari resit asal, mereka juga telah menunjukkan transaksi bank untuk menjadi bukti pembayaran dan diberikan kepada ejen pelancongan mereka. Norain menambah jika pembayaran ini dibuat secara tunai dan resit hilang, mereka mungkin tidak mempunyai bukti untuk mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut. Pihak restoran akhirnya akur dan mengakui berlaku salah komunikasi dan ejen pelancongan turut meminta restoran untuk mengeluarkan permohonan maaf.

Pengalaman ini boleh menjadi satu peringatan untuk pelancong lain supaya menyimpan bukti resit pembayaran ketika melancong.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

saysdotcom /  🏆 9. in MY

Malaysia Pagi Sore Permohonan Maaf Resit

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tikam wanita: Ejen hartanah direman semingguTikam wanita: Ejen hartanah direman semingguPolis menahan seorang ejen hartanah kerana disyaki menikam kenalan wanitanya di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, kelmarin.
Read more »

Tindakan wakil rakyat, pimpinan politik perlu selaras Rukun NegaraTindakan wakil rakyat, pimpinan politik perlu selaras Rukun NegaraTeguran oleh Sultan Selangor terhadap Siew Ki dan Ronnie Liu menunjukkan kedua-duanya itu gagal memahami makna sebenar Rukun Negara.
Read more »

Wakil Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Menuduh Pelancong Malaysia Tidak Bayar BilWakil Restoran Pagi Sore Mohon Maaf Menuduh Pelancong Malaysia Tidak Bayar BilPengalaman berharga untuk sentiasa simpan resit selepas melancong.
Read more »

Jakarta Restaurant, Restoran Pagi Sore, Apologizes For Misconception Accusing Malaysia Visitors Not Paying Their BillsJakarta Restaurant, Restoran Pagi Sore, Apologizes For Misconception Accusing Malaysia Visitors Not Paying Their BillsThe popular restaurant, Restoran Pagi Sore, in Jakarta, Indonesia, has apologized for the misconception it levied against Malaysia visitors who were allegedly not paying their bills. The apology came after the restaurant acknowledged a misunderstanding regarding the actual payment that had been explained to the Malaysia group on May 13.
Read more »



Render Time: 2026-06-08 11:13:43