Pengalaman berharga untuk sentiasa simpan resit selepas melancong.
Restoran popular di Jakarta, Indonesia , Restoran Pagi Sore tampil memohon maaf atas kesilapan menuduh pelancong Malaysia tidak membayar bil makanan Permohonan maaf ini telah dibuat selepas pihak restoran mengaku berlaku salah faham mengenai pembayaran yang sebenarnya sudah pun dijelaskan pada hari kumpulan pelancong Malaysia ke restoran itu pada 13 Mei lepas, pelancong, Norain Mohd Yunus telah berkongsi video dan mesej permohonan maaf yang dihantar oleh pengurusan Pagi Sore di Pantai Indah Kapuk di media sosial.
Dua wakil pengurusan restoran itu tampil memohon maaf atas kejadian tersebut dan menjelaskan mereka mahu menyelesaikan 'salah faham' tersebut.
"Kami dari pihak Restoran Pagi Sore memohon maaf atas salah faham yang terjadi berkaitan pembayaran pengunjung yang makan di restoran kami. "Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,"Menurut Norain, dia bersama lima rakannnya yang lain telah memakan sembilan hidangan dengan bil IDR907,500 . Bagaimanapun mereka terkejut kerana pemandu pelancong secara tiba-tiba meminta resit pembayaran dari restoran itu ketika dalam perjalanan pulang ke Jakarta dari Bandung. Pemandu tersebut mengatakan mereka tidak membayar dan meninggalkan premis berkenaan.
Norain yang terkejut dengan keadaan itu mengatakan dia telah membayar menggunakan kad bank. Setelah mencari resit asal, mereka juga telah menunjukkan transaksi bank untuk menjadi bukti pembayaran dan diberikan kepada ejen pelancongan mereka. Norain menambah jika pembayaran ini dibuat secara tunai dan resit hilang, mereka mungkin tidak mempunyai bukti untuk mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut. Pihak restoran akhirnya akur dan mengakui berlaku salah komunikasi dan ejen pelancongan turut meminta restoran untuk mengeluarkan permohonan maaf.
Pengalaman ini boleh menjadi satu peringatan untuk pelancong lain supaya menyimpan bukti resit pembayaran ketika melancong.
Malaysia Pagi Sore Permohonan Maaf Resit
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ingat mandat rakyat sebelum kosongkan kerusiMana-mana wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen diingatkan supaya mengambil kira mandat dan kepentingan pengundi sebelum membuat keputusan mengosongkan kerusi yang disandang sebelum tamat penggal perkhidmatan.
Read more »
Tikam wanita: Ejen hartanah direman semingguPolis menahan seorang ejen hartanah kerana disyaki menikam kenalan wanitanya di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, kelmarin.
Read more »
Ambil sikap bertanggungjawab jika tak mampu setiaMana-mana pimpinan atau wakil rakyat PKR yang tidak lagi mampu untuk setia dengan parti supaya mengambil sikap bertanggungjawab
Read more »
Tindakan wakil rakyat, pimpinan politik perlu selaras Rukun NegaraTeguran oleh Sultan Selangor terhadap Siew Ki dan Ronnie Liu menunjukkan kedua-duanya itu gagal memahami makna sebenar Rukun Negara.
Read more »




