Antara lapangan paling mencabar di dunia.�� UtusanOnline UtusanMalaysia MindaRakyat
PUTRAJAYA 29 Mac - Lokasi penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya di sini dikategorikan antara lapangan paling mencabar di dunia. Juruterbang dari Belgium, Peter Van Overwalle berkata, kesukaran pengendalian belon udara panas di Putrajaya disebabkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar yang dikelilingi kawasan kediaman.
Pengendali belon berbentuk gajah merah jambu yang dinamakan The Princess Nelly itu berkata, Putrajaya adalah lokasi terbaik kepada juruterbang untuk menguji kemahiran mengendalikan belon.“Antara cabaran terbang di kawasan yang dipenuhi bangunan, kren di tapak pembinaan dan taman perumahan ini adalah ketika mendarat kerana tidak banyak tapak yang ada.
“Semestinya ia bukan lokasi untuk juruterbang-juruterbang yang baharu bermula apatah lagi dengan kekangan untuk terbang lebih tinggi kerana terletak hampir dengan lapangan terbang,” katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam aktiviti itu. Penyertaan Peter dalam Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya kali ke 10 itu merupakan yang kedua selepas penganjuran sulung pada 2009.
Acara selama empat hari yang bermula semalam disertai oleh 20 pengendali dari 14 negara antaranya dari Korea Selatan, Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Taiwan. Pelbagai aktiviti menarik dianjur sempena fiesta itu dengan harga tiket bermula dari RM15 hingga RM300 mengikut jenis acara yang disediakan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerjasama Pas-MIC ibarat keluarga - Abdul HadiKUALA LUMPUR 29 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama di antara Pas dan MIC ibarat sebuah keluarga yang bersatu atas satu titik persamaan walaupun berbeza kaum.&8232;
Read more »
Pembantu tadbir kerajaan negeri buat tuntutan palsu bernilai RM209,233KUANTAN 29 Mac - Seorang pembantu tadbir di Jabatan Pertanian negeri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan berhubung kes tuntutan palsu ketika bertugas di dua jabatan kerajaan di negeri ini antara 2014 hingga 2017.
Read more »
Komited cari kebenaran, keadilan tragedi MH17putrajaya Perkara berkenaan dinyatakan menerusi kenyataan bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Luar Belanda, Stef Blok susulan mesyuarat dua hala antara kedua-dua pihak sempena lawatan kerja Blok ke Malaysia.
Read more »
Pegawai kerajaan wanita antara menjadi mangsa scamPUTRAJAYA 25 Mac - Pegawai kerajaan merupakan antara mangsa penipuan kes scam yang direkodkan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sepanjang tahun ini.
Read more »
Kanak-kanak antara 12 korban serangan udara AS di Afghanistan | The Malaysian InsightMaklumat awal PBB mendapati 10 kanak-kanak maut dalam serangan itu.
Read more »
KL-Singapura laluan paling sibuk di duniaKUALA LUMPUR 26 Mac - Laluan perjalanan udara di antara Kuala Lumpur ke Singapura dinamakan sebagai laluan antarabangsa yang paling sibuk di dunia dengan 30,187 penerbangan beroperasi.
Read more »
Ruang udara Putrajaya diwarnai belon panasKUALA LUMPUR 28 Mac - Sebanyak 20 belon udara panas pelbagai bentuk mewarnai Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-10 yang berlangsung di Monument Alaf Baru, Presint 2 di sini, pagi tadi.
Read more »
Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa berlangsung 4 hari sehingga AhadFiesta belon udara panas akan dimeriahkan dengan acara ‘night glow’ diiringi muzik dan pertunjukan bunga api
Read more »