VIDEO: Perodua Axia 2023 — AV atau X lagi berbaloi?
Sudah sebulan Perodua Axia 2023 dilancarkan secara rasmi. Seperti yang sudah ramai sedia maklum, ada empat varian ditawarkan: G, X, SE dan AV, dengan harga masing-masing bermula RM38,600, RM40,000, RM44,000 dan RM49,500. Untuk tahu perincian perbezaan antara semua varian berkenaan, boleh rujukDalam video ini pula, kami tampilkan dua daripada varian berkenaan, iaitu X sebagai mewakili varian yang lebih asas, serta AV yang mewakili varian dengan penawaran paling lengkap dan paling mahal.
Dari segi mekanikal, kedua-duanya berkongsi penawaran yang sama. Axia 2023 masih mengekalkan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan DVVT yang sama. Ura-ura enjin turbo yang bertiup sebelum ini tidak betul. Namun, gandingan transmisi enjin berkenaan telah diubah, tiada lagi kotak gear automatik empat-kelajuan yang lama, sebaliknya digantikan dengan transmisi D-CVT yang baru, mengantikan transmisi 4AT lama.
Menurut Perodua, perubahan gabungan ini — jika mengikut kitaran ujian penggunaan minyak NEDC — memberikan bacaan yang lebih baik bagi Axia 2023, iaitu 23.3 km/l berbanding 21.6 km/l bagi model sebelumnya. Namun, jika mengikut kitaran ujian MDC pula, ia mampu memberikan sebanyak 27.4 km/l. Ini kurang lebih bersamaan dengan RM28 duit minyak RON 95 sahaja untuk perjalanan 365 km ke Pulau Pinang .
Ikuti juga perkongsian pandangan dari sudut pandu uji bagi Axia X dan AV ini, dan bagaimana aspek itu menyaingi Perodua Myvi dalam banyak hal. Selamat menonton.Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KPM belum bercadang kembalikan sesi persekolahan bermula JanuariKPM belum bercadang kembalikan sesi persekolahan bermula Januari FMTNews FMTBerita
Read more »
Deputy finance minister: Property market to grow in 2023 despite moderately lower economic growthKAJANG, March 15 ― The Malaysian property market is expected to grow this year despite the projection of a moderately lower economic growth due to the unpredictable external...
Read more »
2023 Yamaha NMax in Malaysia - new colours, RM9.8k - paultan.orgHong Leong Yamaha Motor (HLYM) has released official pricing for the 2023 Yamaha NMax, which is now priced at RM9,798 excluding registration fees and insurance. This is a RM300 increase over the official price of …
Read more »
Dr Wee to debate on Agriculture Ministry Budget 2023 allocation in ParliamentPETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong will be debating on Budget 2023 for the Agriculture and Food Security Ministry in the Dewan Rakyat on Wednesday (March 15).
Read more »
Education Ministry: No lessons in first week of new academic year 2023/2024PUTRAJAYA, March 15— There will be no lessons in the first week of the new academic year 2023/2024 beginning March 19 and 20, Education Ministry (MoE) director-general Datuk...
Read more »