Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya memperdaya seorang individu berusia 45 tahun untuk perkhidmatan fotostat kertas-kertas soalan peperiksaan untuk sebuah sekolah di Lenggeng yang berjumlah RM4,287.70 dengan menyerahkan sekeping cek…
SEREMBAN: Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang individu dengan menyerahkan ‘cek tendang’ berjumlah RM4,287.70 bagi perkhidmatan kerja fotostat, empat tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh telah membatalkan cek tersebut yang mana individu itu tidak akan melaksanakan kerja-kerja tersebut jika tidak diperdaya sedemikian. Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.