Lewis Hamilton dipercayai telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) bagi program anjuran Petronas.
Bagi mereka yang meminati sukan Formula One , pastinya anda mengenali individu bernama Lewis Hamilton atau nama sebenarnya Lewis Carl Davidson Hamilton.
Lews Hamilton Melawat Sekolah Menengah Di Keramat Menerusi hantaran dimuat naik di laman X , Hamilton dipercayai telah berkunjung ke sebuah sekolah tempatan di Malaysia iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat .Difahamkan sekolah tersebut telah dipilih sebagai Johan dalam Petronas Chemical Group peringkat Kebangsaan tahun 2023.
Ada yang siap mahu meminta pertolongan pengguna di laman X ini untuk bertanya tentang perkembangan kerjaya Hamilton dalam bidang sukan perlumbaan kereta F1 ini.