Individu terbabit juga dikatakan sering bercakap sendirian dan telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini bagi tindakan selanjutnya.
BUKIT MERTAJAM: Video seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel yang tular dalam media sosial dan didakwa berlaku di Jalan Muthu Palaniappan di sini didapati melibatkan individu yang mempunyai masalah mental.
Malah, individu terbabit juga dikatakan sering bercakap sendirian dan telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya dekat sini bagi tindakan selanjutnya. Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti keluarganya. “Siasatan polis mendapati individu tersebut mempunyai masalah mental sejak kebelakangan ini dan dia dikatakan sering dilihat bercakap sendirian. “Ekoran kejadian itu, dia telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Terdahulu, video seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel yang didakwa di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam di sini tular dalam media sosial sejak semalam. Video berdurasi selama 29 saat itu yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi di kumpulan aplikasi WhatsApp. Video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang sebuah motosikal di atas jalan raya tanpa mengenakan topi keledar.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital - Utusan DigitalPelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital
Read more »
Covid-19 melonjak, Sri Lanka tak mahu laksana perintah berkurung - Utusan DigitalKes Covid-19 dan kematian meningkat dua kali ganda sejak bulan lalu.
Read more »
Kanak-kanak lelaki maut dihanyut arus deras dalam longkang - Utusan DigitalDalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah terjun untuk berenang di dalam longkang besar terbabit ketika aliran airnya deras akibat hujan lebat.
Read more »
Empat anggota TUDM maut dalam insiden tembakan - Utusan DigitalDifahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri.
Read more »
Pasangan OKU naik motosikal roda tiga terima suntikan - Utusan DigitalPasangan OKU naik motosikal roda tiga terima suntikan
Read more »
WHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19 - Utusan DigitalWHO gesa China kongsi data bagi siasat asal usul Covid-19
Read more »




