Beyond the Breaking News

Video budak di luar balkoni bukan didera, hanya nak tengok kolam - Utusan Digital

Malaysia News News

Video budak di luar balkoni bukan didera, hanya nak tengok kolam - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Video budak di luar balkoni bukan didera, hanya nak tengok kolam

PETALING JAYA: Dakwaan budak perempuan yang dilihat keluar dari balkoni di Bukit Jalil dekat sini akibat didera tidak benar sebaliknya kanak-kanak itu mahu melihat kolam mandi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, ini berikutan polis menerima laporan kejadian yang tular itu pada pukul 4 petang, semalam.

Menurut beliau, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak JSJ Kuala Lumpur menjalankan siasatan berkaitan video berkenaan. “Hasil siasatan mendapati kanak-kanak berusia lima tahun itu pergi ke rumah neneknya yang juga di lokasi kejadian bersama keluarganya untuk membuat persiapan majlis perkahwinan ibu saudaranya. “Bapa kanak-kanak itu memaklumkan mangsa seorang yang hyperaktif. Ketika kejadian, mangsa keluar dari balkoni rumah terbabit kerana mahu melihat kolam mandi yang berada di tingkat bawah kondominium berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Saiful Annuar, selepas kira-kira tiga minit, ibu bapa kanak-kanak berkenaan berjaya memujuknya untuk masuk semula ke dalam kondominium. Jelasnya, pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan informasi daripada sumber tidak sahih dan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.- UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Henti sebar gambar, video banjir lama di Kota Tinggi - Utusan DigitalHenti sebar gambar, video banjir lama di Kota Tinggi - Utusan DigitalGambar dan video berkenaan ditularkan baru-baru ini melalui aplikasi WhatsApp serta Facebook seolah-olah kejadian itu baru berlaku pada bulan ini.
Read more »

Video wanita selamba dukung singa tular - Utusan DigitalVideo wanita selamba dukung singa tular - Utusan DigitalKejadian itu berlaku di kawasan Sabahiya, selatan bandar Kuwait.
Read more »

[VIDEO] ‘Budak Rohingya’ sudah ditangkap oleh pihak berkuasa - Utusan Digital[VIDEO] ‘Budak Rohingya’ sudah ditangkap oleh pihak berkuasa - Utusan Digital[VIDEO] ‘Budak Rohingya’ sudah ditangkap oleh pihak berkuasa
Read more »

Budak lelaki paling kuat dunia, kongsi penampilan baharu - Utusan DigitalBudak lelaki paling kuat dunia, kongsi penampilan baharu - Utusan DigitalPernah berjalan guna tapak tangan sejauh 10 meter paling pantas ketika berusia lima tahun.
Read more »

[VIDEO] Yusra Asna, si cilik penebar roti canai, bantu perniagaan bapa - Utusan Digital[VIDEO] Yusra Asna, si cilik penebar roti canai, bantu perniagaan bapa - Utusan Digital[VIDEO] Yusra Asna, si cilik penebar roti canai, bantu perniagaan bapa
Read more »

[VIDEO] Bahayanya, ikat betul-betul silinder besi - Utusan Digital[VIDEO] Bahayanya, ikat betul-betul silinder besi - Utusan Digital[VIDEO] Bahayanya, ikat betul-betul silinder besi
Read more »



Render Time: 2026-06-06 13:28:34