Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ismail Othman berkata, golongan berkenaan antara yang mudah dijangkiti virus maut tersebut kerana sering berurusan dengan orang ramai.
MELAKA: Pemberian vaksin kepada penjaja kecil, peniaga dan pekerja pasar awam di negeri ini perlu disegerakan bagi mengekang penularan Covid-19 di kawasan tumpuan ramai.
“Saya berharap penjaja serta peniaga di pasar-pasar segera diberikan suntikan vaksin bagi memastikan diri mereka dilindungi sama seperti yang kita lakukan untuk sektor industri peruncitan. “Justeru, tindakan segera perlu diambil oleh agensi atau badan-badan tertentu yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri Program Vaksinasi Industri Peruncitan di Dataran Pahlawan Melaka Megamall di sini, hari ini. Hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Norena Jaafar.
Katanya, Rivac di Dataran Pahlawan Melaka Megamall itu yang memulakan operasi hari ini bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang mampu memberikan 800 suntikan sehari.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Vaksinasi diperluas kepada remaja 16, 17 tahun - Utusan Digital'Khairy memberitahu saya apabila sudah habis semua sekali dewasa, giliran golongan remaja ini yang akan menerima vaksin.'
Read more »
Naib Canselor baharu UniMAP fokus transformasi pendidikan digital - Utusan DigitalUjarnya, UniMAP juga berhasrat mengemas kini kecemerlangannya dengan melihat faktor seperti penjenamaan semula, kedudukan (ranking) dan keterlihatannya bagi memastikan kecemerlangan universiti itu dapat dipertingkatkan lagi walaupun dalam situasi Covid-19.
Read more »
Pelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital - Utusan DigitalPelajar Malaysia perlu tingkat kemahiran digital
Read more »
Pasar Wakaf Bharu tutup gara-gara lelaki gelang pink - Utusan DigitalPasar Wakaf Bharu tutup gara-gara lelaki gelang pink
Read more »
Masuk pasar raya, dine-in perlu lengkap divaksin - Utusan DigitalMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hanya pelanggan dan pekerja yang telah lengkap divaksin dan berstatus risiko rendah Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera dibenarkan memasuki pasar raya mahupun restoran.
Read more »
Masuk pasar raya, dine-in perlu lengkap divaksin - Utusan DigitalAktiviti rentas daerah di Sabah masih belum dibenarkan.
Read more »