Pihak sekolah disarankan supaya mengambil tindakan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 di mana pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah utusanonline
Menurut satu kenyataan pihak sekolah disarankan supaya mengambil tindakan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 100 di mana pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid.
“Jika bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada di dalam kawasan atau daerah hendaklah ditutup dengan serta merta dan pengetua atau guru besar hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah tentang penutupan sekolah,” menurut kenyataan itu. Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa semua jenis peperiksaan termasuk peperiksaan awam hendaklah diteruskan.
Namun, Lembaga Peperiksaan akan menangguhkan peperiksaan kepada tarikh yang akan ditetapkan jika berlaku jerebu yang bacaan IPU mencecah 300,” kata kenyataan itu lagi. Pihak sekolah dan ibu bapa hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar di alamat http://apims.doe.gov.my mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing sebelum mengambil sebarang tindakan. - BERNAMA
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jerebu di Sarawak, Kementerian pantau seluruh sekolah | The Malaysian InsightMenterinya, Dr Maszlee Malik berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamatan murid.
Read more »
Tahap jerebu Sri Aman meningkat, 2 lagi kawasan makin pulih | The Malaysian InsightSetakat pukul 4.00 petang ini, bacaan IPU Sri Aman meningkat daripada 236 pukul 12 tengah hari ini kepada 241.
Read more »
Jerebu: Bersikap lebih tegas dengan IndonesiaKUCHING 7 Sept. - Kerajaan Sarawak mengharapkan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya bersikap lebih tegas terhadap Indonesia, berhubung masalah jerebu yang semakin menyelubungi banyak kawasan di negeri ini.
Read more »
Jerebu: Satu lagi kawasan catat IPU tidak sihat di SarawakKUCHING 7 Sept. - Satu lagi kawasan di Sarawak catat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, menjadikan dua kawasan di negeri berkenaan mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 setakat pukul 4 petang ini.
Read more »
Jerebu: 3 kawasan di Sarawak catat IPU sangat tidak sihat, Sabah sederhanaIPU semua kawasan di Sabah mencatatkan bacaan sederhana pagi ini. FMTNews
Read more »
Penerbangan di Kuching tidak terjejas kerana jerebu | The Malaysian InsightJika jerebu bertambah buruk mungkin ada penerbangan terpaksa dibatal atau ditangguhkan.
Read more »