Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu belum dimuktamadkan dan masih dalam rundingan.
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menegaskan kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa .“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui.
“Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini,” katanya dalam kenyataan. Beliau mengulas kebimbangan dan gesaan pelbagai pihak supaya kerajaan membantah WHO CA+ dan pindaan IHR 2005. Gesaan itu antaranya dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang mahu kerajaan menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan.
Mereka turut menyampaikan memorandum bantahan terhadap WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 26 Sept lalu.