Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, kejayaan yang dicapai oleh UPM adalah berkat usaha daripada semua staf dan pelajar yang komited dalam menjalankan tanggung jawab mereka.
PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia berjaya memperkukuhkan kedudukan sebagai universiti terbaik apabila berjaya melangkah naik ke tangga ke-27 dalam QS Asia University Rankings 2022 berbanding tahun lalu yang meletakkan mereka di tangga ke-28.
Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, kejayaan yang dicapai oleh UPM adalah berkat usaha daripada semua staf dan pelajar yang komited dalam menjalankan tanggung jawab mereka.Menurutnya, kejayaan tersebut meletakkan universiti itu sebagai institut pengajian tinggi kedua terbaik di negara ini dan membenarkan pusat pengajian itu melakar sejarah berjaya membuat lonjakan berturut-turut sepanjang lapan tahun. “Walaupun negara menghadapi pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak mempengaruhi operasi sektor pendidikan tinggi tetapi perkara ini tidak menghalang UPM untuk mengekalkan prestasi. “Namun, dengan adanya pembudayaan norma baharu dalam pembelajaran dan pengajaran, serta penyelidikan dan inovasi UPM berjaya mengharungi cabaran dan mencapai kejayaan ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Merujuk kepada pencapaian dalam QS Asia University Rankings 2022, antara 11 indikator penilaian yang membuktikkan UPM layak memegang panggilan itu adalah indikator International Research Network yang berada di tangga ke-11 terbaik Asia. Mohd. Roslan berkata, indikator kedudukan itu penting bagi meningkatkan keunggulan reputasi global UPM serta menjadi satu elemen rujukan bagi universiti memantapkan lagi perancangan hala tuju melalui pembentukan Pelan Strategik UPM 2021-2025 yang baharu yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Indikator membawa maksud kepada petunjuk yang bekerja sebagai sesuatu alat yang dapat memberikan maklumat khusus tentang kedudukan atau keadaan sesuatu. Sebelas indikator yang digunakan untuk penilaian QS Asia University Rankings adalah academic reputation, employer reputation, citations per paper, papers per faculty, faculty/student ratio, international faculty, international student, International Research Network, faculty staff with PhD, inbound exchange student dan outbound exchange student.- UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiada ‘abang besar’ dalam PN - Gerakan - Utusan DigitalTiada ‘abang besar’ dalam PN – Gerakan
Read more »
10 destinasi terbaik tahun 2022 - Utusan DigitalDah boleh buat senarai nak pergi mana tahun depan
Read more »
Bajet 2022 tidak ubah nasib pesawah - Utusan DigitalBajet 2022 tidak ubah nasib pesawah
Read more »
Lagenda Mahsuri diberi sentuhan istimewa di tepi laut 27 Nov ini | The Malaysian InsightPulau Sri ― Never Destroy An Island With A Lie akan dipentaskan di tepi pantai di Langkawi Holiday Villa Beach Resort & Spa pada 27 November ini.
Read more »
Belanjawan 2022: Wanita digesa rebut peluang perkasa diri - Utusan DigitalGolongan wanita di negara ini bersedia maju dengan penglibatan sebagai pengurusan dan pentadbiran tertinggi di sesebuah organisasi.
Read more »
Universiti Malaya advances to Asia's eighth best in QS-AUR 2022 | New Straits TimesNSTnation Universiti Malaya (UM) has been ranked eighth in the Quacquarelli-Symonds (QS) University Rankings: Asia (QS-AUR) 2022, ascending one place from last year. UniversitiMalaya Ranking Asia
Read more »
