petalingjaya Balu serta dua anak tiri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Allahyarham Nazrin Hassan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas pertuduhan membunuh mangsa pada Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Samirah Muzaffar, 44, dan dua anak lelakinya yang berusia 13 dan 16 tahun selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.Samirah yang juga bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan dua anaknya yang memakai pakaian seragam sekolah itu mengangguk faham dan tenang di dalam kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan, tiga beranak itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, warga Indonesia, dengan niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Nazrin, 47, di kediamannya di Mutiara Homes, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.
Pendakwaan kes diwakili Ketua Unit Perbicaraan di Jabatan Peguam Negara Datuk Jamil Aripin dan Mohd Zain Ibrahim manakala Samirah dan dua anaknya diwakili peguam L S Leonard dan Mahinderjit Singh. Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin yang ketika itu berusia 47 tahun ditemui maut dalam kejadian kebakaran di bilik di rumahnya di Mutiara Homes, di sini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Isteri, dua anak tiri, didakwa bunuh NazrinBALU serta dua anak tiri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Read more »
Harta RM2 bilion: Balu JJ diperintah fail jawapan pembelaankualalumpur Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menetapkan 18 April ini untuk isteri Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis memfailkan jawapan pembelaan berhubung tuntutan harta sepencarian yang dikemukakannya.
Read more »
Dah terima laporan bedah siasat keduaPOLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menerima laporan penuh bedah siasat kali kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan minggu lalu.
Read more »
Bedah siasat ke-2 dapati kepala Nazrin banyak cedera | The Malaysian InsightIa mendedahkan mangsa bukan mengalami kecederaan akibat letupan di kepalanya seperti dinyatakan dalam laporan bedah siasat pertama.
Read more »
Polis sedia panggil semula ahli keluarga NazrinSHAH ALAM 1 Mac - Polis bersedia memanggil semula semua suspek yang pernah disiasat dalam kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan, jika diarahkan untuk melakukan siasatan ulangan oleh Pejabat Peguam Negara.
Read more »
Isteri Nazrin Hassan, anak tiri ditahan polis | The Malaysian InsightIndividu berkenaan serta seorang pembantu rumah dijangka dihadap ke mahkamah hari ini berhubung kes kematian itu.
Read more »
Kes bunuh Nazrin: Chandra Muzaffar hadir di mahkamahpetalingjaya Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini, bagi mengikuti prosiding pendakwaan terhadap anak perempuan dan dua cucunya.
Read more »
Daughter of prominent thinker, 3 others to face murder chargeSamirah Muzaffar and her sons will be charged with the murder of Nazrin Hassan today.
Read more »
Cradle CEO died of multiple head injuries, 2nd post-mortem shows | The Malaysian InsightNazrin Hassan did not die from ‘exploding’ handphone, say family members.
Read more »