Pegawai Daerah Padang Terap, Md. Shuhaime Abdul Rahman berkata, Unit Bergerak Vaksinasi Covid-19 Padang Terap itu merupakan yang pertama ditubuhkan di negara ini.
PADANG TERAP: Seramai 14 warga emas yang tinggal di Madrasah Ahmadiah Pondok Pak Teh Mat dan Rumah Orang Tua Islam Tanpa Waris di Kampung Nyior, Kuala Nerang di sini menjadi kumpulan pertama di daerah ini yang menerima suntikan vaksin daripada Unit Bergerak Vaksinasi Covid-19 Padang Terap, hari ini.
“Saya percaya, unit bergerak vaksinasi itu dapat membantu mempercepatkan proses suntikan vaksin kepada seramai 49,000 penduduk di daerah ini yang layak menerima suntikan vaksin,” katanya. Unit bergerak vaksinasi berkenaan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini semalam.
Beliau menambah, setakat ini, seramai 18,000 penduduk di daerah ini telah mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin itu menerusi aplikasi MySejahtera dan sebanyak 10 peratus daripada jumlah penduduk di daerah ini yang layak telah menerima suntikan berkenaan. “Alhamdulillah, saya selamat menerima suntikan vaksin dos pertama hari ini dan tidak merasa sakit ketika disuntik. Saya difahamkan dos kedua pula akan diterima pada 23 Jun ini,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Unit perubatan lokap bantu henti kes kematian dalam tahanan, kata Suhakam | The Malaysian InsightPesuruhjaya berkata unit berkenaan akan membantu menghilangkan kecurigaan orang ramai tentang insiden seumpama itu.
Read more »
TMJ mahu Southern Volunteers bantu tingkat program vaksinasi Covid-19 - Utusan DigitalTunku Ismail berharap golongan belia dapat membantu dari segi pendaftaran rakyat Johor untuk mendapatkan vaksin berkenaan.
Read more »
Kerajaan punca doktor lambat bantu vaksinasi Covid-19, kata MMA | The Malaysian InsightMMA persoal KKM dan JKJAV tidak membalas surat berhubung bantuan pengamal perubatan untuk memberikan vaksin Covid-19.
Read more »
Covid-19: Kes jangkitan di Thailand menurun dalam 24 jam - Utusan DigitalStatistik itu jauh lebih rendah berbanding 5,485 kes Covid-19 dilaporkan semalam.
Read more »
Lebih sejuta vaksin Covid-19 sudah diberikan di Zimbabwe - Utusan DigitalZimbabwe melaporkan lebih 38,000 kes jangkitan dan kira-kira 1,500 kematian akibat Covid-19.
Read more »