UMW agih sumbangan zakat RM200,000 kepada 10 rumah kebajikan

Malaysia News News

UMW agih sumbangan zakat RM200,000 kepada 10 rumah kebajikan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 64 sec. here
  • 3 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 29%
  • Publisher: 51%

Kumpulan UMW telah mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM200,000 kepada 10 buah rumah anak yatim dan rumah penjagaan orang tua terpilih di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian daripada program kemasyarakatan syarikat, Kumpulan UMW telah mengagihkan sumbangan zakat sebanyak RM200,000 kepada 10 buah rumah anak yatim dan rumah penjagaan orang tua terpilih di Lembah Klang sempena dengan Majlis Ilmu dan Berbuka Puasa UMW yang dianjurkan di ibu pejabatnya.

Majlis itu turut diserikan dengan tazkirah Khas Majlis Ilmu UMW disampaikan oleh Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk ‘Ramadhan & Jiwa Rabani’ yang dihadiri lebih dari 200 jemputan termasuk 65 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Shifa dan Rumah Jalinan Kasih. Lapan pusat lain yang menerima sumbangan Zakat UMW dalam program ini adalah Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh, An-Najjah Malaysia, Pusat Jagaan Titian Kaseh, Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah, Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-khairi, Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Pusat Jagaan Husna Arrashid dan Pusat Jagaan Nurul Jannah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, UMW amat bersyukur dan berbesar hati dapat memberikan sumbangan zakat kepada rumah kebajikan yang terpilih dan seterusnya meraikan anak-anak yatim untuk bersama dalam Majlis Ilmu dan Berbuka Puasa UMW kali ini. Semoga perniagaan Kumpulan UMW akan lebih diberkati dan memperolehi lebih banyak kecemerlangan di masa hadapan.

Di akhir program, Ahmad Fuaad bersama pengurusan UMW juga menyumbangkan duit raya dan hamper kepada semua anak yatim yang hadir dalam majlis tersebut. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

‘Modal RM200,000, jualan baru 15%’‘Modal RM200,000, jualan baru 15%’Seorang peniaga pakaian wanita, Faizal Baharom, 44, berkata, meskipun sudah dua minggu berniaga namun hasil jualan masih belum dapat menampung jumlah modal yang dikeluarkan sebelum ini.
Read more »

About 2,000 Armed Forces veterans, personnel to receive YLTAT Aidilfitri contributionsAbout 2,000 Armed Forces veterans, personnel to receive YLTAT Aidilfitri contributionsKUALA LUMPUR: A total of 2,000 Armed Forces (MAF) veterans and personnel throughout the country will receive the 'Sinar Aidilfitri' assistance from Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) involving RM200,000.
Read more »

Customs seizes RM600,000 in contraband | The Malaysian InsightCustoms seizes RM600,000 in contraband | The Malaysian InsightOfficers recover cigarettes, firecrackers and rice during raids across 3 states.
Read more »

Customs seizes various contraband items worth over RM600,000Customs seizes various contraband items worth over RM600,000PASIR PUTEH: The Royal Malaysian Customs Department (JKDM) has seized various contraband items worth RM667,471 through 33 arrests during operations codenamed Op Badai and Op Makmur II, from March 27 to yesterday.
Read more »

Ops pelebalan: Lima premis perniagaan dikompaun RM17,000Ops pelebalan: Lima premis perniagaan dikompaun RM17,000Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengeluarkan kompaun kepada lima premis perniagaan bernilai RM17,000 kerana menjual produk makanan yang rosak dan tamat tempoh dalam Ops Pelebalan pada Ramadan kali ini.
Read more »



Render Time: 2025-02-26 22:25:16