UMNO tidak pernah tolak Onn Hafiz sebagai Menteri Besar

Malaysia News News

UMNO tidak pernah tolak Onn Hafiz sebagai Menteri Besar
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 41 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

ISU berkenaan tidak pernah timbul kerana parti tersebut khususnya di Johor memberi sokongan penuh kepada Onn Hafiz.

PASIR GUDANG: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, tidak pernah berlaku penolakan parti itu berhubung pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri Johor.

“Tidak pernah ada penolakan, malah UMNO Pasir Gudang beri sokongan penuh kerana apa yang penting adalah kerajaan negeri sedia ada melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan itu memerlukan sokongan akar umbi. “Kita jangan hanya berharap kerajaan negeri dapat beri pembelaan kepada semua. Jadi rakyat juga perlu beri sokongan kepada kerajaan negeri dan Barisan Nasional untuk meletakkan soal kesejahteraan sebagai teras rakyat,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas berhubung sama ada BN dan UMNO mampu mengekalkan momentum kemenangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15, Mohamed Khaled yakin gabungan tersebut dapat menarik kembali sokongan rakyat.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-06 23:04:34