Kenyataan tersebut yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab turut menggunakan nama Hasni yang juga Menteri Besar.
JOHOR BAHRU: UMNO Johor menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan kononnya telah memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional dan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan segera. Menurut penjelasan di laman Facebook rasmi UMNO Johor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasni Mohammad tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
“UMNO Johor ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kenyataan yang tersebar di media sosial, ini adalah palsu,” kata kenyataan itu. Dalam kenyataan palsu yang sedang tular, ia menyebut bahawa Badan Perhubungan UMNO Johor telah memutuskan untuk setia dan menghormati keputusan Presiden UMNO. “Sehubungan dengan itu UMNO Johor dengan ini isytiharkan tiada hubungan dengan Pas dan PPBM. Untuk memastikan Kerajaan Negeri terus diketuai oleh UMNO maka Ahli Dewan Undangan Negeri PKR, Amanah dan DAP sedang dirunding bagi bersama kerajaan termasuk memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri. “Exco Kerajaan Negeri, Ahli Majlis dan sesiapa pemegang jawatan berkaitan kerajaan dari PPBM dan Pas wajib meletakkan jawatan segera berikutan keputusan ini,” kata kenyataan palsu itu.Kenyataan tersebut yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab turut menggunakan nama Hasni yang juga Menteri Besar. Terdahulu, Hasni ketika ditemui pemberita telah memaklumkan keabsahan Kerajaan Negeri Johor dan kedudukan Menteri Besar akan ditentukan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 12 Ogos ini. Kata beliau, persidangan DUN merupakan platform yang sesuai untuk menentukan keabsahan kerajaan negeri termasuk kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri. Ia termasuk mengenai pendirian parti sama ada menyokong Perdana Menteri yang juga akan dibuat pada sidang itu nanti.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
UMNO Perak sokong keputusan MT - Utusan DigitalDengan penarikan sokongan beberapa ahli parlimen UMNO, kami yakin PN dan juga Muhyiddin telah hilang majoriti di Dewan Rakyat
Read more »
PN Johor desak UMNO negeri pula bersuara - Utusan DigitalSetakat hari ini, kerjasama dengan UMNO Johor masih diteruskan. Dalam masa sama kita turut mendesak UMNO Johor memberi keputusan sama ada mereka akan teruskan menyokong Tan Sri Muhyiddin atau tidak,
Read more »
UMNO Maran kecewa tindakan Ahli Parlimen Maran - Utusan DigitalKetua UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, kenyataan Ismail itu adalah secara jelas membelakangkan dan bercanggah dengan kehendak serta keputusan parti.
Read more »
Ahmad Maslan tiada kuasa terhadap Ahli Parlimen UMNO - Utusan Digital'Saya Ahli Parlimen BN, walaupun saya bertanding mewakili UMNO, saya adalah Ahli Parlimen BN, dan BN perlu membuat sesuatu sebelum kami membuat keputusan,' katanya.
Read more »
UMNO Sabah akur ketetapan parti, guna autonomi terus bersama GRS - Utusan DigitalSebagai adik bongsu berautonomi kepada UMNO Malaysia, apa juga ketetapan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti akan sentiasa dihormati oleh UMNO Sabah dan disesuaikan dengan kuasa autonomi UMNO Sabah
Read more »
Sultan Johor ajak sektor swasta bantu tangani Covid-19 - Utusan DigitalSektor swasta yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor ditalian 07-235 5252 atau Yayasan Sultan Ibrahim Johor ditalian 07-356 4848.
Read more »




