mukah Beberapa anggota tubuh manusia antaranya tulang rusuk, tulang betis, tapak tangan dan serpihan dipercayai tengkorak serta sehelai baju ditemui di dalam perut buaya yang ditangkap di Batang Ulu Belawai, Tanjung Manis, Mukah, hari ini.
Ia dipercayai milik remaja, Ricky Ganya, 14, dari Rumah Panjang Dadat, Tanjung Manis, yang dilaporkan dibaham buaya ketika dia mencari siput bersama ibu saudaranya di sungai pada 26 Julai lalu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia , Tiong Ling Hii berkata, buaya sepanjang 4.5 meter itu berjaya ditangkap pada jam 9.15 pagi tadi, selepas reptilia itu tersangkut pada pancing berumpan ayam yang dipasang oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar , Sarawak Forestry Corporation .
Beliau berkata, buaya berkenaan kemudian dibawa ke darat dan perutnya dibelah di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung. "Baju serta beberapa bahagian anggota badan manusia ditemui di dalam perut pemangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.Mangsa dikatakan keluar mencari siput di sungai berhampiran dan ditemani ibu saudara dan dua lagi rakannya pada 26 Julai lalu.Kejadian itu dilaporkan di Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis pada jam 11.28 hari kejadian dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat .
Operasi itu turut disertai polis, SFC, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk rumah panjang.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Taylor Swift buang 'the'PENYANYI Taylor Swift memutuskan untuk membuang perkataan ‘the’ pada logo barangan cenderahati sempena album terbarunya Folklore selepas didakwa menciplak logo jenama baju dalam talian, The Folklore.
Read more »
Solat sunat Aidiladha di Selangor, siapa dahulu dia dapatJemaah dinasihatkan kekal berdisiplin dan mematuhi langkah pencegahan iaitu perlu berada dalam keadaan berwuduk, memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri, berada dalam keadaan sihat dan tidak berjabat tangan dalam kalangan jemaah.
Read more »
Tinggal baju sajaBota Saya hanya tinggal baju yang dipakai ini saja,' kata Muhamad Muzakir Ehzan Zulkifli, 15, pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama di Kampung Lambor Kanan di sini, yang terbakar tengah malam semalam.
Read more »
Putrajaya kekal pembekuan ambil pekerja asing hingga akhir tahunKementerian Sumber Manusia berkata, dasar itu dikekalkan kerana mengambil kira penularan pandemik Covid-19 dan impaknya ke atas pasaran pekerjaan tempatan. FMTNews PekerjaAsing
Read more »
AS catat kematian tertinggi bulan iniwashington Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh sebulan hari ini dengan hampir 1,600 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, berdasarkan laporan Johns Hopkins University.
Read more »
Aidil ikat perut demi Kedahbolatime Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mendedahkan beliau terpaksa melakukan amalan berjimat cermat dalam perbelanjaan hariannya termasuk membeli nasi lemak bungkus yang harganya cuma RM1 untuk makan malam.
Read more »