Beyond the Breaking News

Tukang mozek dipenjara seumur hidup, isteri bebas

Malaysia News News

Tukang mozek dipenjara seumur hidup, isteri bebas
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Tukang mozek dipenjara seumur hidup, isteri bebas

JOHOR BAHRU: Tukang pasang mozek dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.

024 kilogram, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Noor Hayati Mat membuat keputusan itu selepas tertuduh, Teh Geok Chin, 47, menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan semula kes hari ini. Berdasarkan pertuduhan, Geok Chin dan isterinya, Nguyen Thi Thanh Tuyen, 25, didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di sebuah pangsapuri di Jalan Suria Muafakat 1, Larkin, pada pukul 12.10 tengah malam, 18 April 2019. Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau jika tidak dihukum mati hendaklah dipenjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, Geok Chin ditahan ketika menaiki kereta Perodua Myvi di hadapan sebuah pangsapuri di Jalan Tebrau, di sini menuju ke sebuah rumah yang baharu disewanya. Ketika serbuan dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Suria Muafakat 1, isteri tertuduh didapati berada di dalam rumah itu dan susulan itu kedua-dua suspek telah ditahan. Mahkamah memerintahkan bapa kepada seorang anak itu menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkapan, iaitu pada 18 April 2019. Sementara itu, isterinya yang juga warga Vietnam dilepaskan dan dibebaskan setelah pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan yang sama terhadapnya. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nasrudin Mohamed, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, K. Kalaichelvan. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Dew Challenge Kembali Lagi Dengan Pengalaman Paintball Bertemakan PUBG!Dew Challenge 2023 membawa pembaharuan dengan menggabungkan aksi dari dunia maya dan realiti buat golongan muda selain mempromosikan gaya hidup yang aktif.
Read more »

Lintang pukang lari tinggalkan petrol seludupLintang pukang lari tinggalkan petrol seludupTUMPAT: Seorang penyeludup lintang-pukang lari meninggalkan 1,025 liter minyak petrol kereta yang dipandunya berjaya ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Kampung Kedemit, di sini awal pagi tadi.
Read more »

Gaya hidup tidak sihat punca ramai obesGaya hidup tidak sihat punca ramai obesAmalan gaya hidup tidak sihat termasuk pemakanan kurang sesuai didapati menjadi satu daripada faktor 50.1 peratus rakyat Malaysia berdepan masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Read more »

Tuduhan mahkamah hanya mahu alih perhatian rakyat, dakwa Wan SaifulTuduhan mahkamah hanya mahu alih perhatian rakyat, dakwa Wan SaifulAhli Parlimen Tasek Gelugor berkata kerajaan mahu menutup kegagalan menangani kenaikan kos sara hidup.
Read more »

Tukang masak ugut bunuh adik dipenjaraTukang masak ugut bunuh adik dipenjaraKota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan kepada seorang tukang masak kerana mengugut untuk membunuh adik perempuannya.
Read more »

Mendepani kos sara hidup dan kebajikan pelajar IPTMendepani kos sara hidup dan kebajikan pelajar IPTMendepani kos sara hidup dan kebajikan pelajar IPT
Read more »



Render Time: 2026-06-13 02:08:09