SEMPORNA: Tujuh resort di perairan Semporna dikompaun dan diarah tutup sementara selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen s
SEMPORNA: Tujuh resort di perairan Semporna dikompaun dan diarah tutup sementara selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen sah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, beberapa pekerja resort turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah menerusi operasi bersepadu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia .
AdvertisementJafry berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan sektor pelancongan di Semporna termasuk aspek pelesenan dan bersedia membantu pengusaha mendapatkan lesen yang diperlukan. Bagaimanapun, beliau menegaskan pengusaha perlu tampil memohon lesen yang sah. SPONSORED CONTENT Cosmobeauté expands into Borneo with debut festival in KK Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre from May 25 to 26.
Read more “Setakat ini, lebih 60 pengusaha pelancongan sedang menunggu kelulusan lesen, namun masih terdapat kira-kira 80 pengusaha yang belum memohon lesen sah,” katanya. Jafry berkata, Motac akan mengambil tindakan berterusan dan tidak menolak kemungkinan pihak berkuasa tempatan bertindak merobohkan struktur binaan yang beroperasi secara tidak sah. Advertisement Dalam pada itu, Jafry berkata, bagi menangani isu pekerja tanpa dokumen, kementeriannya telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu kritikal dalam industri pelancongan di Semporna.
“Semporna ini tempat yang cantik, jadi kita mahu pastikan pelancongan yang ditawarkan adalah sah,” katanya kepada pemberita selepas Program Tinjauan Keselamatan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Zon Selamat Sabah Timur di Semporna. Advertisement “Jika tidak, ia dikhuatiri boleh melibatkan risiko keselamatan pelancong. Sekiranya berlaku insiden, tuntutan insurans juga boleh menjadi masalah. Ini antara risiko yang dihadapi pelancong.
” Dalam pada itu, Jafry berkata, kementeriannya akan memastikan semua pengusaha pelancongan di Sabah beroperasi secara sah dengan memiliki lesen yang dikeluarkan kerajaan, termasuk usaha mengesan operator tidak berlesen di Kundasang.
“Kundasang adalah antara destinasi pelancongan utama Sabah. Kita dapati terdapat kes tidak berlesen, jika berlaku insiden, ia boleh mencalarkan imej Sabah.
“Tambahan pula, kawasan itu berisiko kerana terletak di lereng bukit dan terdedah kepada gempa bumi,” katanya.
News Newspaper Headlines Malaysia Borneo Local National Business Sport Mobile
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Semporna key to Sabah’s Blue Economy agenda: CMSEMPORNA: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Semporna is a key catalyst for Sabah’s economic transformation through the Blue Economy agenda under
Read more »
Sabah Government Upgrades Semporna Infrastructure for Blue Economy GrowthSabah is formulating plans to upgrade critical infrastructure in Semporna, modernising jetty facilities, logistics, cold chain systems, and tourism amenities to support economic transformation through the Blue Economy agenda, with Sipadan Island's sustainable tourism model as a benchmark.
Read more »
Transform Semporna into a Premier Tourism District and Expand Blue Economy PotentialThe District Officer proposes comprehensive planning to enhance Semporna's tourism sector, focusing on upgrading existing facilities and exploring the Blue Economy potential, particularly in the fisheries and marine resources sector.
Read more »
Semporna Emerges as Sabah's Blue Economy Powerhouse with Sustainable Development InitiativesChief Minister Datuk Seri Hajiji Noor highlights Semporna's pivotal role in Sabah's economic transformation through the Blue Economy agenda, emphasizing sustainable marine tourism, aquaculture modernization, and community-based development as key drivers of growth.
Read more »




