Perbincangan bertukar pergaduhan apabila mangsa berasa takut.
TUMPAT: Tujuh individu termasuk seorang wanita masing-masing didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merusuh sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang instruktur atau guru sekolah memandu, bulan lalu.
Semua tertuduh iaitu Azli Mamat, 48; Mohd. Azaki Mamat, 42; Mohd. Khadri Ghani, 52; Ahmad Faizal Juhari, 35; Muhammad Alif Hakimi Abd. Hamid, 22; Muhammad Izzat Romli, 25, dan Nor Hasida Mamat, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.
Mengikut pertuduhan, ketujuh-tujuh tertuduh didakwa bersama-sama menjadi ahli suatu kumpulan yang menyalahi undang-undang dan menggunakan kekerasan dalam melaksanakan tujuan bersama kumpulan tersebut untuk melakukan kesalahan merusuh. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka di Akademi Memandu SKMS, Berangan di sini kira-kira pukul 4.30 petang pada 24 Mei lalu. Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahfuzah Hamizah Mohd. Ariff manakala semua tertuduh diwakili peguam, Shamsul Baharin Abdullah. Terdahulu, Mahfuzah Hamizah mencadangkan satu hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada kesemua tertuduh. Shamsul Baharin dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan dengan mengambil kira kesemua tertuduh yang tidak mempunyai pendapatan tetap kerana bekerja sendiri sudah insaf dan memberi kerjasama sepanjang siasatan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 untuk setiap tertuduh atau penjara enam bulan sekiranya tidak membayar denda tersebut. Semua tertuduh membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah. Mengikut fakta kes, seorang guru Akademi Memandu SKMS Berangan didatangi oleh sembilan individu dengan tiga kenderaan untuk berbincang dengan lelaki tersebut. Guru tersebut dikatakan ada mengeluarkan perkataan aib kepada seorang pelajar perempuan di akademi tersebut.
Perbincangan bertukar pergaduhan apabila mangsa berasa takut dan menutup pintu kereta selepas melihat salah seorang lelaki yang merupakan bapa saudara pelajar perempuan itu mengambil sesuatu barang di dalam kereta. Beberapa lagi individu menendang lelaki itu dari belakang sehingga menyebabkan mangsa jatuh sebelum mereka memukulnya beramai-ramai pada bahagian muka dan seluruh badan. –
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kampung Dumpiring terima RM500,000 tingkat kesejahteraan pendudukRANAU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM500,000 di bawah Program Kampung Angkat Madani (Kam) 2026 bagi Kampung Dumpiring, Kundasang sebagai usaha memperkukuh daya tahan komuniti, meningkatkan kes
Read more »
UPSI Closes Relief Fund for Gerik Bus Accident VictimsTabung UPSI Berduka, established after the Gerik bus accident killing 15 students in June last year, will close in August. The fund collected RM2 million distributed to 42 victims and families. Vice Chancellor Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff announced additional RM5,000 aid per family at a gathering.
Read more »
University Student Loses RM100,000 to Online Gambling AddictionJames, a university student, lost RM100,000 over three years to online gambling, accumulating debt and straining relationships before seeking help. The Gambler Rehab Centre warns of a 40% rise in cases ahead of the 2026 FIFA World Cup, citing increased online gambling ads on social media and spike during major sporting events.
Read more »
Woman fined RM2,800 for possessing intimate videos of ex-husband and his loverThe National Artificial Intelligence Office (NAIO) will be institutionalised on July 28 as the agency tasked with developing policies surrounding the governance of artificial intelligence in Malaysia.
Read more »




