MyKad dan sijil kelahiran bukanlah satu barang dagangan utusanonline
Ini kerana dokumen pengenalan diri MyKad dan sijil kelahiran bukanlah satu barang dagangan kerana sistem pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia ini adalah dokumen yang hanya boleh dikeluarkan melalui sistem yang di kawal undang-undang tertentu untuk mengelakkan manipulasi.
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia merujuk kembali kepada laporan berita portal Malaysiakini bertarikh 21 November 2005 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk mencari 50,000 orang pelancong warga China yang tidak memiliki rekod meninggalkan negara ini selepas setahun rekod kemasukan. Putra tidak melihat sebarang tindakan proaktif dilakukan kerajaan berikutan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkenaan sehinggalah selepas 14 tahun kemudian, terdapatnya pendakwaan dilakukan berkaitan sindiket ini. Putra dengan ini mewakili rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan terhadap integriti JPN dalam mengeluarkan dokumen pengenalan diri rakyat yang jelas boleh dimanipulasi oleh pegawai dalaman dengan bayaran tertentu untuk mendapatkan dokumen kewarganegaraan palsu. Putra percaya banyak lagi kes pengeluaran dokumen kewarganegaraan palsu ini telah dikeluarkan untuk sepanjang 14 tahun teguran Perdana Menteri dan angka 50,000 pelancong China hilang pada tahun 2004 berkenaan pastinya boleh mencecah jutaan orang apabila mereka terus tinggal berkelamin dan berasimilasi dalam kelompok warganegara Cina tempatan yang sukar dikesan pihak berkuasa. Putra dengan ini mendesak kerajaan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja khusus bagi membersihkan dan memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap integriti Jabatan Imigresen Malaysia dan JPN. Putra mendesak semua dokumen pengenalan diri rakyat dari kaum Cina dan India agar dapat ditarik balik dan proses pengeluaran dokumen baharu dapat dilakukan dengan memastikan hanya warganegara yang sah mengikut Perlembagaan Persekutuan sahaja dibenarkan untuk memiliki Mykad. Syarat Perlembagaan Persekutuan untuk proses pemberian kewarganegaraan seperti tahap fasih berbahasa Melayu dan kewajipan mengangkat ikrar kesetiaan kepada negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipatuhi dengan ketat. Putra tidak boleh berkompromi dengan warganegara palsu yang telah merampas semua peluang kehidupan yang sepatutnya diperuntukkan hanya kepada warganegara Malaysia yang tulen.*Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ia sama sekali tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia dan Utusan Online.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dah 16 bulan PH menang tapi mana RCI Memali, soal NajibBekas perdana menteri berkata Khalid Samad berjanji RCI menyiasat tragedi Memali 1985 akan dibuat jika PH menang PRU-14. FMTNews
Read more »
Where's the RCI on Memali incident, Najib asks KhalidThe former prime minister says Khalid Samad had previously promised one would be established if Pakatan came to power. FMTNews
Read more »
Mereka bukan pendatang asing - VeerapanDUA kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen dan cuba dibantu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Repah, S Veerapan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan tidak mempunyai sebarang kewarganegaraan.
Read more »
It's PAS, not me, who should push for RCI on Memali, says KhalidThe Amanah communications director says PAS raised the issue again recently. FMTNews
Read more »
PAS patut bawa RCI Memali, bukan saya, Khalid jawab NajibNajib mendakwa Khalid berjanji sebuah RCI untuk menyiasat tragedi Memali akan diwujudkan jika PH menang pilihan raya umum tahun lepas. FMTNews
Read more »




