Beyond the Breaking News

Trump ancam serang infrastruktur awam, loji janakuasa Iran

Malaysia News News

Trump ancam serang infrastruktur awam, loji janakuasa Iran
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk memperluaskan serangan terhadap infrastruktur awam Iran, termasuk loji janakuasa

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat , Donald Trump mengancam untuk memperluaskan serangan terhadap infrastruktur awam Iran, termasuk loji janakuasa dan jambatan, sekiranya Teheran tidak bersetuju memeterai satu perjanjian ketika pertikaian mengenai Selat Hormuz terus memuncak.

Kenyataan itu dibuat selepas tentera AS melancarkan serangan malam keempat berturut-turut ke atas Iran dan menguatkuasakan semula sekatan terhadap perkapalan Teheran.

“Minggu hadapan keadaan akan menjadi lebih buruk buat mereka kerana kami akan menyasarkan loji janakuasa. Minggu hadapan juga jambatan-jambatan mereka akan menjadi sasaran.

“Kami akan melumpuhkan semua loji janakuasa mereka. Kami akan memusnahkan semua jambatan mereka, melainkan mereka bersedia untuk kembali ke meja rundingan dan berunding,” kata Trump dalam wawancara dengan penyiarSemalam, Trump menarik balik ancamannya untuk mengenakan caj 20 peratus ke atas semua kapal kargo yang melalui Selat Hormuz ketika Washington meneruskan usaha mematahkan penguasaan Iran ke atas laluan perkapalan strategik itu. Trump berkata, cadangan mengenakan caj tersebut akan digantikan dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan berskala besar bersama negara-negara Teluk.

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran mengancam akan menutup semua laluan eksport lain yang menguntungkan Amerika Syarikat dan negara sekutunya berikutan serangan ke atas negaranya.

“Eksport tenaga serantau sama ada dikongsi oleh semua pihak atau tidak akan dinikmati oleh sesiapa pun,” kata IRGC dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Iran,Penganalisis berkata, Iran memberi isyarat ia mungkin menggunakan sekutunya, kumpulan Houthi di Yemen untuk menutup Selat Bab el-Mandeb yang menghubungkan Laut Merah, sekali gus membuka satu lagi medan konfrontasi dengan Washington dan meletakkan dua laluan tenaga paling penting dunia dalam keadaan berisiko. Laluan sempit itu menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden, yang menjadi laluan eksport minyak Arab Saudi serta sebahagian besar perkapalan global.

Seorang pegawai kanan Houthi pada Isnin memberi amaran kumpulan itu bersedia menutup selat berkenaan, tindakan yang menurutnya boleh melonjakkan harga minyak sekiranya Arab Saudi terus melancarkan serangan ke atas Yemen, menurut laporanIRGC turut menegaskan Selat Hormuz akan terus ditutup sehingga apa yang disifatkannya sebagai ‘berakhirnya kejahatan AS’. Sebelum perang tercetus pada Februari, kira-kira satu perlima penghantaran minyak dan gas dunia melalui Selat Hormuz setiap hari.

Kerajaan Iran melaporkan 30 orang awam terbunuh akibat serangan AS termasuk tujuh anggota tentera yang maut akibat bedilan ke atas pangkalan tentera di Bampur dengan lebih 260 orang lagi cedera. Menurutnya, sebahagian serangan AS ke atas Iran dilancarkan dari pangkalan yang terletak di wilayah Jordan.

IRGC mendakwa membakar dan memusnahkan sebuah kemudahan logistik AS di Mina Abdullah, Kuwait, selain mendakwa tentera udaranya menyerang sebuah pangkalan AS di Azraq, Jordan, dengan menyasarkan hangar pesawat.melaporkan kebakaran di sebuah lokasi yang tidak didedahkan berjaya dipadamkan oleh tentera dan Pengawal Kebangsaan selepas lokasi itu didakwa menjadi sasaran serangan Iran. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu adalah sama seperti yang didakwa dalam kenyataan IRGC.

IRGC turut menyiarkan sebuah video yang didakwa memaparkan serangan di Mina Abdullah, menunjukkan sebuah dron mengenai sebuah gudang yang ketika itu sudah terbakar. -AFP/AGENSI

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

US Escalates Strikes on Iran, Trump Vows to Guard Strait of Hormuz and Impose FeesUS Escalates Strikes on Iran, Trump Vows to Guard Strait of Hormuz and Impose FeesThe United States launched a third night of strikes against Iran as President Donald Trump announced a blockade on Iranian ports and a 20 percent fee on Strait of Hormuz shipping, calling the US the guardian of the waterway. Iran responded by attacking two UAE tankers, killing one crew member, and targeting US bases across the Gulf, while also hinting at a willingness to negotiate despite the escalating conflict.
Read more »

Trump Announces Sanctions on Iran and 20% Toll in Strait of HormuzTrump Announces Sanctions on Iran and 20% Toll in Strait of HormuzUS President Donald Trump has announced a new sanction on Iran in the Strait of Hormuz, imposing a 20% fee on all cargo transiting the waterway, calling it a fair charge for security protection and naming the US as the 'Guardian of the Strait'.
Read more »

Ketegangan Asia Barat kembali memuncak akibat serangan AS-IranKetegangan Asia Barat kembali memuncak akibat serangan AS-IranAmerika Syarikat (AS) melancarkan serangan untuk malam ketiga berturut-turut ke atas Iran ketika Presiden Donald Trump melaksanakan semula sekatan ke atas pelabuhan Iran pada Selasa.
Read more »

US President Donald Trump Threatens to Expand Strikes on IranUS President Donald Trump Threatens to Expand Strikes on IranUS President Donald Trump has threatened to expand US strikes on Iran, targeting power plants and bridges if Tehran fails to reach any agreement.
Read more »



Render Time: 2026-08-07 13:59:21