KualaLumpur Prosiding bela diri remaja lelaki yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran yang menyayat hati tiga tahun lalu, akan bersambung pada 11 dan 12 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak mahkamah menerusi e-mel yang dihantar pada 12 Mei lalu.
Pada 20 April lalu, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili remaja itu yang kini berumur 19 tahun memberitahu bahawa anak guamnya telah selesai memberi keterangan.Remaja itu memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi pada 2 dan 3 Mac lalu. Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.
Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97 Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perbicaraan Najib pinda laporan audit 1MDB disambung JunPerbicaraan itu akan berlangsung dari Jun hingga Julai ini. FMTNews NajibRazak 1MDB
Read more »
Keputusan pelucutan hak wang Jakel dikaitkan 1MDB diketahui 4 JunKeputusan itu sepatutnya disampaikan pada 28 April tetapi dijadualkan semula kepada 4 Jun berikutan lanjutan PKP oleh kerajaan. FMTNews SPRM 1MDB
Read more »
Keputusan lucuk hak wang Jakel Trading 4 Jun | The Malaysian InsightKerajaan mohon untuk melucut hak RM628,314, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB daripada Jakel Trading.
Read more »
Serie A Itali rancang kembali 13 JunKELAB-kelab Serie A Itali berkata mereka mahu kembali meneruskan saingan pada 13 Jun ini sekiranya mendapat pelepasan daripada kerajaan.
Read more »
Kes saman LHDN terhadap Nooryana Najib ditetap 30 JunLHDN menuntut pembayaran cukai pendapatan daripada Nooryana Najwa Najib berjumlah RM10.3 juta bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017. FMTNews LHDN NooryanaNajib
Read more »
Kes saman LHDN terhadap anak Najib 30 JunMahkamah Tinggi Shah Alam akan menetapkan tarikh baharu keputusan permohonan Nooryana Najwa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi menggantung prosiding saman oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.
Read more »