TPM saran kosongkan tapak khemah dekat cerun, sungai buat masa ini
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi diberi penerangan tentang kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di Batang Kali petang tadi. – Gambar Facebook, 16 Disember, 2022.
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar semua tapak perkhemahan berhampiran cerun bukit atau tepi sungai dikosongkan sementara susulan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Beliau berkata walaupun kawasan itu selamat buat masa ini, ramalan Jabatan Meteorologi menyatakan episod hujan lebat akan bermula esok terutama di Pantai Timur.
“Jadi dikhuatiri hujan lebat akan menyebabkan berlakunya kepala air,” katanya selepas melawat dan mendengar taklimat berhubung insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm di Batang Kali hari ini.Insiden sekitar 2.42 pagi itu, yang melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter, menyebabkan 21 orang maut setakat 7.10 malam.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bantuan, insentif mangsa banjir kerajaan terdahulu diteruskan, kata TPM | The Malaysian InsightAhmad Zahid Hamidi berkata bantuan itu akan diberikan kepada mangsa banjir yang berdaftar dan layak sahaja.
Read more »
Tanah runtuh: PM, TPM akan turun pantau, kata menteri | The Malaysian InsightFahmi Fadzil berkata perkara berkenaan disampaikan sendiri kepadanya oleh perdana menteri.
Read more »
Korban tanah runtuh Batang Kali cecah 21 orang, kata TPM | The Malaysian InsightSetakat ini 54 orang berjaya diselamatkan, 7 lagi cedera, menurut bomba Selangor.
Read more »
Pulau Pinang arah PBT pantau tapak perkhemahan, glamping | The Malaysian InsightPihak berkaitan akan diarah kaji, semak undang-undang berkait tapak perkhemahan, glamping, kata exco.
Read more »
Tapak khemah tragedi tanah runtuh beroperasi secara haram, kata Nga | The Malaysian InsightTanah itu sepatutnya untuk ladang organik, bukan perkhemahan, kata menteri.
Read more »
Saksi dengar bunyi kuat sebelum lihat tapak khemah ditimbus tanah | The Malaysian InsightMangsa berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu beliau baru hendak melelapkan mata untuk berehat selepas aktiviti pada malam tersebut.
Read more »