kualalumpur Orang ramai dinasihatkan menggunakan topeng jenis N95 untuk perlindungan daripada kesan jerebu yang semakin buruk melanda sebahagian negara ini.
Pakar Runding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh HSS berkata, topeng jenis N95 itu mampu menapis sekurang-kurangnya 95 peratus daripada partikel yang berukuran 0.3 mikron dan ia lebih berkesan sekiranya dipakai dengan sempurna mengikut ukuran muka pemakainya.
Menurutnya, topeng muka pembedahan yang banyak digunakan orang ramai sekarang sebenarnya tidak memberi perlindungan sempurna daripada jerebu. “Topeng pembedahan tiga lapis tidak mampu menapis gas toksik dan partikel halus berukuran tidak melebihi 2.5 mikron dan ia mungkin mampu memberi perlindungan daripada partikel lebih besar yang menyebabkan kegatalan dan ia mungkin berguna untuk kegiatan di luar bangunan seperti berbasikal. “Adalah penting untuk kita mengetahui bahawa bahan-bahan yang memberi kemudaratan dalam asap yang kita hidu, yang mengandungi gas toksik dan partikel sangat kecil, kebanyakannya berukuran bawah 2.5 mikron,” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, analisis kualiti udara menunjukkan bahawa bahan kimia yang dihidu seseorang termasuk ozon, karbon monoksida, sianida, ammonia, formaldehid, acrolein dan benzene, sesetengahnya boleh memberi kesan karsinogenik jangka panjang. “Bahan partikel ultra halus sering melekat dalam paru-paru yang memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada penyakit kardiovaskular dan pulmonari,” katanya. “Bagaimanapun, topeng N95 menyebabkan ketidakselesaan jika digunakan untuk tempoh masa lama kerana ia boleh menyebabkan kita lebih sukar bernafas, mengurangkan jumlah udara yang disedut. “Baru-baru ini, terdapat cadangan supaya dibuat tingkap kecil pada topeng itu untuk memudahkan kanak-kanak bernafas tetapi itu akan menggagalkan fungsinya.Beliau berkata, berbanding topeng pembedahan, apabila ia menjadi lembap atau pengguna batuk atau bersin, ia tidak lagi berkesan kerana ia hanya boleh bertahan paling lama selama 30-60 minit, jadi ia perlu diganti dengan sangat kerap. Menurutnya, topeng yang diperbuat daripada kain adalah tidak digalakkan sebagai perlindungan daripada jerebu tetapi ramai yang menggunakannya disebabkan ia murah dan boleh dibasuh serta diguna semula. “Beberapa kajian menunjukkan ia biasanya tidak berkesan untuk partikel berukuran 2.5 mikron ke bawah dan ia mudah basah serta meningkatkan risiko mendapat jangkitan,” katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, topeng jenis N95 paling berkesan untuk kegunaan ketika berjerebu dan habuk namun demikian tidak direka untuk kanak-kanak. “Selain itu, pemakaian sempurna adalah sukar bagi mereka yang berjanggut atau berjambang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Penggunaan penutup tiga lapis dialu-alukan jika tiada N95 berbanding tidak memakai langsung perlindungan ketika aktiviti luar. Jerebu yang berada pada paras sangat tidak sihat boleh menyebabkan gangguan seperti, batuk, selsema, asma, sakit mata dan jangkitan paru-paru. Dr Noor Hisham menyarankan orang ramai supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing di portal Jabatan Alam Sekitar,
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penghantar makanan, peniaga gerai terpaksa harungi jerebu | The Malaysian InsightTempahan makanan melalui e-hailing meningkat sejak jerebu melanda negara.
Read more »
Laksana MSC atasi jerebu serantauKUALA LUMPUR 12 Sept. - Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Menteri-Menteri Sub-Serantau (MSC) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ke-19 perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara ini.
Read more »
Jerebu: Prolintas edar topeng muka percumaKuala Lumpur 12 Sept. - Keadaan jerebu yang melanda ketika ini membuatkan sebuah syarikat konsesi lebuh raya mengedarkan 3,500 topeng muka percuma kepada pengguna lebuh raya di Lembah Klang.
Read more »
Penduduk Selangor mula berjaga-jaga, pakai topeng muka | The Malaysian InsightWalaupun jarak pemandangan kelihatan berasap namun penduduk di kawasan terjejas masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Read more »




