“Inilah semangat juang yang saya harapkan daripada pemain mulai sekarang. Kemenangan ini adalah rangsangan besar menjelang Piala Dunia pada Januari.' - ARUL SELVARAJ
IPOH: Kejayaan Speedy Tigers muncul juara hoki Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama bukan sahaja menggembirakan rakyat Malaysia, malah hadir tepat pada masanya ketika Malaysia mencari tonik terbaik bagi menaikkan keyakinan menjelang Piala Dunia 2023.
Kelmarin, anak-anak buah Arul Selvaraj menamatkan penantian 39 tahun untuk merangkul kejuaraan selepas menumpaskan juara Asia, Korea Selatan 3-2 dalam aksi sengit dan mendebarkan di Ipoh. Bagi Arul, semangat seperti inilah yang mahu dilihat daripada anak-anak buahnya sebelum beraksi di pentas lebih besar, Piala Dunia di India, Januari tahun depan.Pengurus pasukan, Mirnawan Nawawi pula mahu pemain meneruskan semangat hebat itu apabila bersaing di Bhubaneswar, India dari 13 hingga 29 Januari tahun depan.“Dengan mencipta sesuatu yang istimewa malam ini, mereka telah menerima rangsangan besar pada masa hadapan.
“Kami mahu mengekalkan semangat juang ini dalam Piala Negara-Negara dan Piala Dunia di mana persaingan akan menjadi lebih sengit,” kata legenda hoki negara itu dengan penuh emosi. Malaysia akan berentap pada Piala Negara-Negara di Potchefstroom, Afrika Selatan dari 28 November hingga 4 Disember depan sebelum fokus beralih sepenuhnya kepada misi melakar kejutan dalam Piala Dunia.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ronaldo pahat sejarah bakal buat penampilan kelima Piala DuniaPenjaring terbanyak Portugal itu yang membuat penampilan pertama pada 2006 akan menyertai penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, Lothar Matthaus (Mexico) dan gandingan Mexico, Antonio Carbajal serta Rafael Marquez beraksi dalam lima edisi Piala Dunia.
Read more »
Remaja 17 tahun tersenarai dalam skuad Piala Dunia JermanPenyerang remaja sensasi Borussia Dortmund berusia 17 tahun, Youssoufa Moukoko menerima panggilan pertama bersama skuad kebangsaan, manakala tiada tempat buat Mats Hummels, Marco Reus serta bintang muda Bayer Leverkusen, Florian Wirtz.
Read more »
RTM-MYTV tandatangan persetujuan siaran penajaan Piala Dunia | The Malaysian Insight41 perlawanan akan disiarkan, iaitu 27 siaran langsung dan 14 siaran tertunda menerusi saluran TV2, TV Okey dan Sukan RTM.
Read more »
Maddison akhirnya tersenarai dalam skuad Piala Dunia EnglandTiada tempat buat penyerang Roma, Tammy Abraham, namun selebihnya tiada kejutan dilakukan oleh pengurus England apabila Harry Maguire serta duo Manchester City, Kyle Walker dan Kalvin Phillips mengetuai senarai pertahanan.
Read more »
Piala Dunia tahun ini gila – GuardiolaBiarpun masih ada pasukan belum mengumumkan senarai akhir skuad Piala Dunia, namun City dijangka membekalkan 17 pemain ke Qatar.
Read more »
Argentina juara Piala Dunia 2022?Dalam tiga edisi sebelum ini, EA Sports turut melakukan perkara sama menerusi aksi simulasi yang dimainkan. Ramalan yang dibuat menjadi kenyataan apabila Sepanyol, Jerman dan Perancis menjadi juara edisi 2010, 2014 dan 2018.
Read more »