kualalumpur Kegagalan tukang gunting rambut warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 untuk memastikan mereka bebas wabak itu dikhuatiri boleh 'meranapkan' sekali lagi industri gunting rambut yang baru saja dibenarkan beroperasi Rabu lalu.
Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia, T N Winda Mohd Tahir berkata, majikan yang menggajikan tukang gunting warga asing perlu lebih bertanggungjawab memastikan pekerja bebas pandemik itu.
"Industri ini baru saja kembali bernafas jadi bila ada kes sebegini sudah pasti masyarakat menjadi takut menggunting rambut. "Ini tidak adil kepada penggunting rambut khususnya rakyat tempatan yang memberikan kerjasama baik dengan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Kes berlaku di sebuah premis perniagaan di apartmen servis di Setapak, Kuala Lumpur membabitkan beberapa individu lain yang menjadi kontak rapat kepada lelaki terbabit.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penyelidik Malaysia sebahagian pasukan Sheffield ujian antibodi Covid-19kualalumpur covid19 Penyelidik Malaysia menjadi sebahagian pasukan jurutera dan saintis Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Biologi di University of Sheffield, United Kingdom (UK) yang menghasilkan komponen virus SARS-Cov-2 untuk ujian antibodi Covid-19.
Read more »
CIDB gesa kontraktor manfaat ujian percuma Covid-19 Perkeso | The Malaysian InsightDalam tempoh PKPP, ujian Covid-19 diwajibkan untuk semua pekerja asing di semua kawasan berkenaan.
Read more »