TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di N. Sembilan, Melaka - Utusan Digital

Malaysia News News

TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di N. Sembilan, Melaka - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 36 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di N. Sembilan, Melaka

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad memaklumkan, bekalan elektrik di 184 kawasan di Selangor yang terjejas akibat banjir sudah dipulihkan sepenuhnya, setakat pukul 3 petang ini.

Bagaimanapun, terdapat penambahan kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB di Melaka dan Negeri Sembilan demi keselamatan orang ramai disebabkan hujan lebat. “Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat,” katanya melalui laman Facebook rasmi TNB Careline, hari ini.

Kawasan yang belum mendapat bekalan elektrik itu merangkumi dua kawasan di Seremban, satu kawasan di Tampin bagi Negeri Sembilan dan dua kawasan di Masjid Tanah, satu kawasan di Merlimau bagi Melaka, manakala satu kawasan di Kuala Lumpur turut terlibat. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-03-13 18:53:08