KUALA LUMPUR: Amaran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima t...
: Amaran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum mahkamah, adalah mesej jelas bahawa mereka tidak kebal daripada undang-undang.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menjunjung kasih atas titah Sultan Ibrahim itu berkata ingatan berkenaan menunjukkan Seri Paduka Baginda mahu mereka yang menerima kurniaan tersebut supaya sentiasa menjaga peribadi dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah terutama rasuah. “Titah Tuanku memberikan satu pedoman kepada kita bahawa mereka yang telah menabur bakti kepada kerajaan serta masyarakat secara amnya wajar diraikan dan diiktiraf, tetapi pada masa sama, pengiktirafan itu tidak bermaksud mereka kebal undang-undang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Hari-Hari Bola ‘Piala MADANI’ Lembah Pantai di Universiti Malaya, di sini hari ini. Terdahulu pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, maka segala kurniaan itu akan ditarik balik.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sports Direct opens first flagship store in Kuala Lumpur as part of Southeast Asia expansionPETALING JAYA: Sports Direct, a subsidiary of Frasers Group plc, has opened its first flagship store in Kuala Lumpur. The new 23,000 square foot retai...
Read more »
Konsert TAEYANG Di Kuala Lumpur Pada Disember Ini, Tiket Dijual Pada 7 OktoberKonsert TAEYANG 2024 TOUR [THE LIGHT YEAR] itu akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2024.
Read more »
Kuala Lumpur Dinobatkan Sebagai Bandar Paling Mesra Di AsiaDalam senarai yang diterbitkan oleh Enjoy Travel itu, masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi.
Read more »
Khazanah diminta rangka pelan wajah baharu Kuala LumpurKhazanah diminta rangka pelan wajah baharu Kuala Lumpur
Read more »
Phua Chu Kang ‘gegar’ kuala LumpurPhua Chu Kang 'gegar' kuala Lumpur
Read more »
Promote Malaysia beyond Kuala Lumpur to tourists from India: Tourism Malaysia DGKUALA LUMPUR: The government, relevant agencies, industry players and stakeholders must actively promote Malaysia beyond Kuala Lumpur, encouraging rep...
Read more »